iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Youtube. Show all posts
Showing posts with label Youtube. Show all posts

Tuesday, 29 October 2013

YouTube Rancang Kenakan Bayaran?

type="html">
Laman perkongsian video milik Google, YouTube bersiap sedia melancarkan perkhidmatan langganan muzik untuk membolehkan pengguna menonton video dan mendengar muzik tanpa gangguan iklan, kata sumber industri kelmarin.

YouTube

Beberapa sumber memberitahu agensi berita AFP bahawa perkhidmatan tersebut akan dilancarkan tahun depan.

Pelan baharu itu masih mengekalkan akses percuma untuk sebahagian besar klip video dan muzik di YouTube tetapi menambah perkhidmatan berbayar tanpa iklan.

Perkhidmatan tersebut turut menawarkan beberapa ciri istimewa termasuk mendengar album penuh dan menyimpan muzik secara luar talian.

"Kami sentiasa mencari cara baharu dan lebih baik untuk pengguna menikmati kandungan YouTube di semua skrin selain memberi lebih peluang kepada rakan niaga kami untuk mencapai pelanggan mereka," kata seorang jurucakap YouTube.

Namun, langkah tersebut turut dilihat oleh beberapa penganalisis sebagai kaedah terbaharu YouTube untuk meraih lebih banyak pendapatan.

Enjin carian internet, Google membeli laman web berkenaan pada tahun 2006 dengan bayaran AS$1.65 bilion (RM5.1 bilion).

Setakat ini, YouTube dilaporkan memperoleh pendapatan sederhana hasil pengiklanan di laman perkongsian video tersebut.

Terdahulu, majalah Billboard dan akhbar New York Times melaporkan langganan premium untuk perkhidmatan tersebut berharga sekitar AS$10 (RM31) sebulan.

Perkhidmatan tersebut membolehkan syarikat rakaman mendapat royalti lebih besar daripada yang diperoleh menerusi akses percuma. -AFP


View the original article here

Sunday, 20 October 2013

Pramugari Muat Naik Video 'Panas' Di YouTube Di Buru!

type="html">
Syarikat penerbangan British Airways sedang mencari dua orang pramugari setelah membuat rakaman memperlihatkan mereka sedang menanggalkan pakaian dan memandikan antara satu sama lain.

British Airways stewardess - Sexy Two Air Hostesses

Rakaman itu kemudian dimuat naik di laman perkongsian video YouTube .

Klip itu sudah dilihat oleh ribuan orang di YouTube yang terhibur dengan aksi kedua pramugari cantik itu, menurut akhbar Daily Mail, Rabu (9 /10).

British Airways juga sedang melakukan siasatan terhadap rakaman itu untuk menentukan adakah benar kedua-dua wanita itu merupakan pekerja syarikat mereka.

Video itu memperlihatkan dua orang wanita memakai pakaian seragam milik syarikat penerbangan British Airways, lengkap dengan nama lencana dan syal yang mempunyai corak khas.

Video tersebut dirakam di dalam sebuah bilik mandi hotel semasa transit penerbangan.

Kedua-dua wanita itu masuk ke dalam tab mandi, kemudian membuka pancuran air dan mula menggosok satu sama lain.



Salah seorang pramugari kemudian menanggalkan pakaian seragamnya, dengan bantuan rakannya itu.

Video berdurasi lapan minit itu sudah dilihat lebih dari 983,319 ribu kali sejak pertama kali dimuat naik di YouTube.

Namun, masih belum jelas adakah kedua-dua wanita itu adalah pramugari British Airways atau hanya mengenakan pakain seragam syarikat penerbangan Britain itu.

Seorang jurucakap British Airways menyatakan, syarikat penerbangan yang ditubuhkan pada 1974 itu sedang berusaha untuk mengenalpasti kedua wanita itu dan menjejaki mereka.

"Kami bimbang dengan video itu," menurut jurucakap itu lagi.

"Siasatan terus dilakukan untuk mengenali identiti kedua-duanya."

Sumber: Merdeka.com


View the original article here

Sunday, 13 October 2013

Video ‘Baby’ Justin Bieber Cecah 3.6 Juta Dislike Di Youtube

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi muda yang juga selebriti terkemuka dunia, Justin Bieber.



Bieber mencipta nama dengan lagunya berjudul ‘Baby’ apabila video klip lagu tersebut ditonton lebih 883 juta pelayar Youtube.

Bukan itu sahaja, video klip tersebut turut mendapat jumlah ‘like’ yang tinggi apabila hampir 1.9 juta pelayar.

Namun, yang menyedihkan apabila jumlah ‘dislike’ video tersebut melebihi daripada jumlah ‘like’ yang diterima.

3.6 juta dislike untuk sesebuah video klip itu adalah sesuatu perkara mengejutkan.



Penyanyi bertaraf antarabangsa menerima jumlah dislike sebeitu banyak sekali.

Apa dah jadi?

Mungkin kerana lagu tersebut ‘boring’ atau penampilan Bieber yang nampak ala-ala ‘baby’ tak matang.

Maaflah kalau ada peminat Bieber yang terasa pedas dengan kenyataan tersebut kerana rata-rata komentator di laman Youtube turut menyuarakan pendapat yang sama.

Apa-apa pun, video klip itu telah berlalu hampir 4 tahun lalu.

Kini kegemilangan Bieber boleh dikatakan bukan lagi dengan menampilkan lagu-lagu yang mantap, sebaliknya kontroversi serta gambar bogel yang membanjiri laman-laman sosial dan blog menaikkan namanya hingga ke hari ini. -Mynewshub