iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Sudah. Show all posts
Showing posts with label Sudah. Show all posts

Wednesday, 23 October 2013

Justin Bieber Mahu Buktikan Diri Sudah Matang?

Peminat Justin Bieber sejak azali lagi pasti sudah sedia maklum perubahan demi perubahan yang berlaku pada penyanyi remaja popular ini.

Justin Bieber

Bermula dari gaya jambu hinggalah tampil dengan tubuh berotot dan bertatu, Bieber dilihat bersungguh-sungguh mahu membuktikan bahawa dia sudah cukup dewasa dalam industri hiburan Hollywood.

Bieber dilihat begitu gemar memuatnaik gambar tubuhnya tanpa berbaju di laman Instagram dan adakala bersama rakan yang jauh lebih dewasa dari dirinya.

Perubahan drastik yang dilakukan oleh bekas kekasih Selena Gomez ini mendapat pelbagai reaksi dari peminat khususnya melalui akaun Instagram.

Ada yang suka, ada pula yang bimbang Bieber menjadi terlalu obses dengan penampilan ‘dewasa’ pada sehingga memudaratkan diri kelak.

Apapun, segalanya terserah kepada penyanyi ini untuk mencorakkan perjalanan seninya. Jangan asyik timbulkan kontroversi macam Miley Cyrus untuk popular sudah.



View the original article here

Friday, 18 October 2013

Almy Nadia Sudah Maafkan Fizz Fairuz

Pelakon Almy Nadia memberitahu bekas kekasihnya iaitu Fizz Fairuz telah menjadi seorang lelaki yang berbeza dan sudah banyak berubah berbanding sebelum ini.

Almy Nadia.

Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia telah memaafkan lelaki tersebut dan mahu melupakan semua kisah pahit yang pernah berlaku di antara mereka sebelum ini.

"Semua manusia ada melakukan kesalahan begitu juga saya dan Fizz. Bagi saya tiada gunanya kami bermasam muka kerana industri ini kecil dan kami akan tetap berjumpa.

"Apabila dia meminta maaf tentang kesilapannya terhadap saya dahulu tidak sukar untuk menerima maaf tersebut kerana dia telah banyak berubah," katanya kepada mStar Online.

Almy dan Fizz pernah bercinta selama tujuh tahun tetapi putus di tengah jalan pada sekitar 2011 sebelum Fizz bertunang dengan wanita lain yang kemudian didakwanya sebagai isteri orang.

Fizz dan Almy pernah menjalinkan hubungan 
cinta selama tujuh tahun sebelum ini.

Dalam pada itu, Almy enggan mengulas lanjut mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah kembali terjalin sebagai kekasih kerana merasakan sebagai wanita tidak manis untuknya berbicara mengenai perkara itu.

Jelas Almy, dia tidak mahu kenyataannya disalah ertikan selain serik dengan pelbagai kontroversi yang melanda hubungannya sebelum ini.

"Apa yang saya boleh katakan doakanlah perkara yang baik-baik untuk saya dan Fizz dan selebihnya saya serahkan kepada ketentuan Allah," ujarnya.

Sementara itu, Almy juga enggan mengulas mengenai kenyataan Fizz yang ingin berjumpa dengan keluarganya bagi membincangkan tentang hasrat lelaki itu untuk menikahinya.

Almy berkata, dia menyerahkan semua perkara tersebut kepada Fizz untuk menjelaskan kepada pihak media apabila tiba masa sesuai nanti.

"Rasanya biarlah Fizz sendiri yang beritahu media tentang hal tersebut kerana seperti saya katakan tidak manis saya di pihak perempuan untuk bercakap mengenainya," katanya.

Sumber: mStar


View the original article here

Wednesday, 16 October 2013

Lelaki ini sudah lakukan seks dengan 1000 buah kereta

Edward Smith (mirror.co.uk)

Washington : Edward Smith selama lebih dari 45 tahun sudah tidur hampir 1,000 ` kekasihnya ` . Namun, hanya satu yang merupakan wanita dan selebihnya kereta .


Lelaki berusia 62 tahun dari Yelm , Washington , Amerika Syarikat, itu mempunyai gangguan mechaphile , yakni secara seksual tertarik dengan mesin. Biasanya, Smith menaklukan Mustang, Jaguar, bahkan helikopter .

Smith pertama kali tertarik dengan mesin di usia remaja yakni 15 tahun. Kemudian ia berhubungan seks dengan ratusan kenderaan seminggu sekali. Smith mengatakan ia tak pernah tertarik dengan lelaki mahupun wanita. Tapi, saat ini ia komited dengan kekasih jangka panjangnya yakni Vanilla , Volkwagen Beetle yang dibelinya 30 tahun lalu.

Seperti dilapor Mirror, ahad ( 13/10/2013 ) , Smith hanya berhubungan seks dengan seorang wanita one night stand di San Francisco. Tapi, itu memberi kesan kecil pada dirinya.

Smith pernah berhubungan seks dengan Opal GT 1973 yang dinamakan Cinnamon dan Ford Ranger 1193 yang diberi nama Splash . Tapi, Vanilla merupakan satu- satunya yang disukai Smith, hatchback berwarna putih.

"Ketika saya memeluk Vanilla , ada tenaga yang kuat yang berasal dari dia. Saya akan mengatakan ini sangat memuaskan tapi sedikit melankolik kerana saya tahu dia tak boleh bercakap dengan saya. Tapi secara keseluruhan, saya tahu dia merasa apa yang saya rasakan dan sengit .

"Jika ada yang terjadi padanya , saya lebih dari patah hati, " ujar Smith .

Rasa cintanya dengan Vanilla tak boleh didedahkan. Namun, ia tak pernah malu mengakuinya kerana ia begitu cinta dengan Vanilla .

" Ada sesuatu tentang dia yang tak boleh saya ungkapkan sepenuhnya pada tahap emosional kecuali itu sangat kuat dan sangat tulus. Saya tak pernah malu atau canggung. Saya tak pernah mempersoalkan diri saya, saya hanya mencintainya .. "

Dia ingat pertama kali berpelukan dan berciuman dengan model James Bond, Aston Martin sebelum akhirnya kehilangan ` keperjakaannya ` dengan VW Beetle tetangganya.

Sebelum Vanilla , ia mempunyai hubungan lima tahun dengan Victoria , VW Beetle 1969. Tapi, ia mengakui kebanyakan kereta yang pernah ` berhubungan seks ` dengannya merupakan milik orang asing atau ada di ruang pamer kereta . Smith tak pernah berkeinginan mengubah hidupnya . Ia menegaskan bahawa dirinya tidak sakit.

"Saya tahu beberapa orang akan melihatnya sebagai suatu yang aneh, tapi ada banyak hal- hal aneh di dunia ini. Saya tidak menyakiti siapa pun dan saya tidak berniat untuk menyakiti siapa pun ," ujarnya.

liputan6.com


View the original article here

Tuesday, 15 October 2013

Justin Bieber Mahu Buktikan Diri Sudah Matang?

Peminat Justin Bieber sejak azali lagi pasti sudah sedia maklum perubahan demi perubahan yang berlaku pada penyanyi remaja popular ini.

Justin Bieber

Bermula dari gaya jambu hinggalah tampil dengan tubuh berotot dan bertatu, Bieber dilihat bersungguh-sungguh mahu membuktikan bahawa dia sudah cukup dewasa dalam industri hiburan Hollywood.

Bieber dilihat begitu gemar memuatnaik gambar tubuhnya tanpa berbaju di laman Instagram dan adakala bersama rakan yang jauh lebih dewasa dari dirinya.

Perubahan drastik yang dilakukan oleh bekas kekasih Selena Gomez ini mendapat pelbagai reaksi dari peminat khususnya melalui akaun Instagram.

Ada yang suka, ada pula yang bimbang Bieber menjadi terlalu obses dengan penampilan ‘dewasa’ pada sehingga memudaratkan diri kelak.

Apapun, segalanya terserah kepada penyanyi ini untuk mencorakkan perjalanan seninya. Jangan asyik timbulkan kontroversi macam Miley Cyrus untuk popular sudah.



View the original article here

Wednesday, 9 October 2013

Aeril Zafril & Wawa Zainal Sudah Nikah 4 Februari, Dapat Cahaya Mata 24 Ogos




Memang terkejut sangat-sangat membaca pendedahan ekslusif BiPop hari ini. Mana tidaknya, sebelum ini Aeril Zafril mati-mati menafikan bahawa dirinya dan Wawa Zainal mempunyai sebarang hubungan. Tup-tup BiPop mendedahkan bahawa mereka sudah bernikah 4 Februari lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos.



Antara pendedahan yang dilakukan ialah Aeril dan Wawa telah mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daera Petaling Jaya pada 4 Februari lalu. Seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan tersebut. Bayi seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roopi Medical Centre, Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi.



Mengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati nama bapa bayi berkenaan bernama Suharil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidin (nama sebenar Wawa Zainal) yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.






Wawa Zainal mula menghilangkan diri sekitar Februari dan Mac dengan alasan pulang ke kampung untuk berubat penyakit misteri. Tarikh tersebut adalah sekitar tarikh dirinya dan Aeril bernikah. Nama anak mereka (Fakharuddin) diambil daripada nama watak utam filem 99 Kali Rindu yang menggabungkan mereka berdua.



Wawa dan Aeril dikatakan telah menyulam cinta sejak 3 tahun yang lalu. Adakah pembongkaran ini membuktikan bahawa Aeril dan Wawa selama ini berbohong? Kalau betul sudah berkahwin, apa salahnya beritahu kepada orang ramai. Jangan bersembunyi dan terus memberikan alasan yang tidak masuk akal. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Aeril dan Wawa. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca pendedahan lengkap yang dikeluarkan menerusi BiPop hari ini.

 

Pelakon Budak Dalam Filem Stuart Little Kini Sudah Besar dan Kacak