iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

Tuesday, 29 October 2013

Polis dipecat gara-gara seekor tupai

Image: Google

MOUNTAIN CITY - Seorang polis di Mountain City, Tennessee, AS telah dipecat hanya gara- gara seekor tupai. Masalahnya , tupai nakal itu masuk ke sebuah kedai dan polis, Jody Putnam, menembak di dalam kedai untuk mengusir si tupai.

Stesen televisyen WJHL -TV di Johnson County memberitakan , insiden ini berlaku saat Putnam bergegas menuju kedai runcit Dollar General setelah mendengar pengaduan pemilik kedai bahawa ada seekor tupai masuk ke kedai itu . Entah untuk menakut -nakutkan atau membunuh tupai itu , Putnam mengeluarkan senjatanya dan mula menembak.

" Menembak di dalam bilik seharusnya tidak boleh , seharusnya tidak dilakukan ," kata Carl Duffield , pemilik kedai . Duffield meneruskan , kerana tembakan pistolnya gagal mengusir si tupai, Putnam mengeluarkan semburan lada dan mula menyemburkannya ke segala arah walaupun masih ada pengunjung di dalam kedai .

" Banyak orang berlari keluar , dan seperti saya, mereka terbatuk - batuk kerana semburan itu . Banyak orang akan menganggap ini lucu, tetapi para pengunjung kedai pasti tidak merasa hal ini lucu, "ujar Duffield , yang lalu melaporkan insiden ini kepada polis .

Kerajaan tempatan kemudian menjatuhkan hukuman kerana Putnam menolak untuk membuat laporan yang diwajibkan setiap kali polis menembak senjatanya semasa bertugas . " Kerana pelanggaran dasar jabatan kepolisian, Jody Putnam diberhentikan dari tugasnya sebagai polis oleh Dewan Bandar ," ujar Datuk bamdar Mountain City Lawrence Keeble .

Pemecatan itu mengakhiri 19 tahun pengabdian Putnam sebagai penguatkuasa undang-undang di Johnson County dan Mountain City .

kompas



View the original article here

Thursday, 24 October 2013

Sembelih babi di sekolah, Perkasa desak polis siasat

type='html'>

berita, perkasa, johor, saravanan, isu hangat
Ahli Perkasa Johor membuat laporan di Balai Polis Sentral, semalam.


Sembelih babi di sekolah, Perkasa desak polis siasat | JOHOR BAHRUPerkasa Johor menggesa pihak berkuasa menyiasat seorang lelaki dikenali sebagai Saravanan, yang mempersoal hukum penyembelihan lembu bagi ibadah korban yang dijalankan pihak sekolah di Selangor, baru-baru ini.

Naib Yang Dipertua Perkasa negeri, Mohd Ghauth Mohd Yusoff berkata, perkara tersebut mula mendapat perhatian umum apabila audio perbualan antara lelaki itu dan individu yang dipercayai guru besar sekolah terbabit tersebar menerusi YouTube dan Facebook.


Menurutnya, isu itu tidak sepatutnya timbul kerana semua pihak sedia maklum bahawa ibadah korban penting bagi umat Islam dan tindakan lelaki itu bukan sahaja memperkecilkan Islam malah boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini.

“Berdasarkan pemerhatian saya, guru besar tersebut telah menerangkan dengan baik bahawa program penyembelihan lembu sempena ibadah korban itu adalah untuk memberi pendidikan kepada murid-murid Islam berkaitan ibadah berkenaan.

“Mengapa dia nak pertikai dengan mengatakan ‘bagaimana jika orang Cina menyembelih babi di kawasan sekolah?.

Tindakannya itu bukan sahaja biadab, malah boleh menimbulkan kemarahan umat Islam,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini, semalam.

Dalam audio berdurasi lapan minit itu, lelaki terbabit yang mendakwa berada di luar negara, mempertikaikan mengenai ibadah korban dijalankan di sekolah dan mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti keagamaan.


Sehubungan itu, mereka menggesa polis, Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat isu berkenaan.

Sumber : berita-harian.net
Menangi Tiket Konsert KESHA Di Malaysia

View the original article here

Thursday, 17 October 2013

Anggota polis maut nahas jalan raya

type='html'>

nahas jalan raya, kemalangan. anggota polis maut, muar, johor, berita
Mohd Ishak terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan di Batu 12, Jalan Bakri-Air Hitam, malam kelmarin.

Anggota polis maut nahas jalan raya | MuarSeorang anggota polis maut selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Batu 12, Jalan Bakri-Air Hitam, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10 malam itu, Konstabel Mohd Ishak Morhasham, 26, dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tumpat, Kelantan, meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia di Batu 5, Bakri, untuk menyambung semula kursus diikuti sejak beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, Allahyarham Mohd Ishak dikatakan pulang bercuti bagi menyambut Aidiladha bersama keluarganya di Batu Pahat.

Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta Honda Civic dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Toyota dari arah Muar menghala ke Yong Peng, Batu Pahat.

Akibat rempuhan kuat, kedua-dua kenderaan terbabit terbabas ke bahu jalan dan orang awam turut sama membantu mengeluarkan Mohd Ishak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian.


Katanya, mayat berkenaan dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat, manakala pemandu kereta Toyota terbabit juga menerima rawatan di hospital sama.

“Saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Menangi Tiket Konsert KESHA Di Malaysia

View the original article here

Tulang Muka Terpaksa Diganti Besi Titanium Akibat Dibelasah Polis!

type="html">
Tulang muka seorang wanita hancur apabila dia ditolak secara membabi buta oleh seorang anggota polis lelaki yang sedang bertugas pada ketika itu.

Cassandra Feuerstien, 47

Wanita itu yang berasal dari Chicago, Amerika Syarikat, Cassandra Feuerstien, 47, telah ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Seperti biasa, menerusi video berdurasi empat minit dua puluh lima saat itu, Cassandra telah dibawa ke lokap dan menjalani sesi soal siasat.

Kemudian ketika ingin kembali ke sel lokapnya, anggota polis tersebut telah menolaknya dengan kuat sehingga mukanya tersembam pada kerusi konkrit yang ada di situ.

Akibat insiden tersebut, doktor menyatakan tulang mukanya patah teruk serta tidak dapat diperbetulkan dan perlu diganti dengan besi titanium.



Sungguh pun wanita itu melakukan kesalahan, anggota polis tersebut tidak sepatutnya memperlakukan pesalahnya sedemikian rupa sebaliknya perlu menerapkan ciri-ciri profesionalisme dalam menjalankan tugasan hariannya.

Sumber: Mynewshub


View the original article here

Friday, 11 October 2013

Gara-gara Kasut Tumit Tinggi, Ratu Cantik AS Disiasat Polis

Polis India menyiasat Ratu Cantik Amerika Syarikat (AS), Olivia Culpo kerana dia didakwa melanggar salah satu peraturan ketat ketika melawat bangunan Taj Mahal pada Ahad lalu, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.


Olivia Culpo

Culpo, 21, dari Pulau Rhode, AS berada di lokasi tarikan pelancong itu selama sejam untuk satu sesi penggambaran kasut tumit tinggi.

Perbuatan tersebut tidak menghormati peraturan yang melarang sebarang bentuk pengiklanan terbuka di Tapak Warisan Dunia itu.

Badan Keajaiban Moden Dunia telah membuat aduan kepada polis berhubung kejadian itu.

Bangunan tersebut berusia 360 tahun dan terletak di Agra, negeri Uttar Prades, India.

Kejadian itu berlaku di sebuah kawasan bangku marmar dengan berlatarkan kompleks Taj Mahal.

Bekas isteri pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles, mendiang Puteri Diana pernah duduk di bangku itu pada tahun 1992.

Culpo merupakan pelajar Universiti Boston dan anak kepada dua ahli muzik profesional berada di India dari 27 September hingga 6 Oktober lepas untuk mempromosikan isu-isu kebajikan.

Dia dinobatkan sebagai Ratu Cantik Universe peringkat dunia pada tahun lalu sekali gus menjadi kemenangan pertama buat warga AS selepas Brook Lee memenangi pertandingan tersebut pada 1997.

Menurut Mahkamah Agung India, sebarang bentuk jenama atau publisiti tidak dibenarkan di sekitar bangunan itu.


Olivia Culpo

Anggota rombongan ratu itu didakwa membawa kasut yang akan dipakai ratu tersebut semasa dia mula untuk menjalani sesi fotografi.

Beberapa anggota polis dilaporkan tidak mengambil sebarang tindakan ke atas ratu tersebut.

"Kasut tinggi untuk satu jenama telah dibawa keluar oleh seseorang dalam kumpulan rombongan itu," kata kenyataan Kajian Arkeologi India yang merupakan sebuah agensi kerajaan di Jabatan Kebudayaan India kepada akhbar Hindustan Times baru-baru ini.

Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632 dan siap sepenuhnya pada tahun 1653.

Ia mengambil masa selama 22 tahun untuk disiapkan.

Bangunan tersebut merupakan imaginasi kehidupan untuk isterinya, Mumtaz yang telah meninggal dunia.

Bangunan itu melibatkan 22,000 orang pekerja. -Agensi