iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Hamil. Show all posts
Showing posts with label Hamil. Show all posts

Friday, 25 October 2013

Ratu Rock Negara, Ella Hamil Anak Pertama?

type='html'>

ella hamil, artis, gossip, hiburan, gambar ella


Ratu Rock Negara, Ella Hamil Anak Pertama | Jika beberapa hari lepas peminat industri hiburan mendapat tahu Liyana Jasmay telah hamil dua bulan, namun semalam timbul pula perkhabaran baru mengatakan Ella Aminuddin juga sedang hamil.


Berita itu mula menjadi perbualan apabila terdapat beberapa pengikut Ella di laman Instagram mengucapkan tahniah di atas kehamilannya menerusi salah satu foto yang dikongsikan.

 Bagaimanapun setakat ini masih tiada sebarang kepastian atau kenyataan yang keluar dari mulut Ella sendiri.

ella hamil, artis, gossip, hiburan, gambar ella

Jika benar seperti apa yang dikatakan, tahniah diucapkan. Pastinya Ella dan suami merupakan orang yang paling gembira kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan anda, Ella dan suaminya, Azhar selamat diijabkabulkan pada bulan Julai 2012 ketika berusia 46 tahun.


Namun seperkara yang pasti, kecantikan penyanyi ini langsung tidak dimamah usia. Lihat sahaja foto-foto di bawah kalau tak percaya.

Sumber : my-mrd.blogspot.com

View the original article here

Tuesday, 22 October 2013

Liyana Jasmay Kini Hamil

type='html'>

isteri Liyana Jasmay, Fathuddin Mazlan, artis, pelakon, pasangan suami isteri, hiburan

Liyana Jasmay Kini Hamil | Lama kita tidak dengar cerita pasangan suami isteri Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan yang mendirikan rumahtangga pada Februari lalu dan khabarnya pasangan ini akan menimang cahayamata tidak lama lagi.

Laporan Harian Metro melalui ruangan gossip mereka menyebut yang Liyana Jasmay kini sudah hamil dua bulan dan dijangka melahirkan anak sulung mereka pada Mei 2014 nanti.
isteri Liyana Jasmay, Fathuddin Mazlan, artis, pelakon, pasangan suami isteri, hiburan

Liyana Jasmay difahamkan masih aktif berlakon ketika ini dan akan habiskan baki pengambaran yang ada sebelum mengambil rehat panjang selain terbang ke Sabah untuk menetap bersama suaminya yang bekerja di sana.


Tahniah buat Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan sekeluarga yang akan menyambut kelahiran orang baru nanti, jika benar seperti yang disampaikan.


sumber : Rotikaya


View the original article here

Wednesday, 16 October 2013

Jennifer Aniston Benci Gosip Hamil

Sekali lagi, Jennifer Aniston menyangkal khabar angin yang menyatakan dirinya hamil anak Justin Theroux.

Jennifer Aniston

Bagaimanapun, Aniston sebenarnya terlalu menginginkan anak dan telah mencubanya sejak setahun lalu.

Malah bekas isteri Brad Pitt itu turut meluangkan masanya dengan banyak berehat dan membuat persiapan menjaga kesihatannya sebaik mungkin.

“Dia berusaha menangani gosip hamil dengan tenang dan memberikan wajah gembira apabila ditanya soalan itu. Namun sebenarnya dia terlalu ingin menjadi ibu,” kata sumber.

Bintang filem Wanderlust itu telah bertunang dengan Theroux pada Ogos tahun lalu.

Kedua-dua mereka sempat dikhabarkan berkahwin diam-diam namun gosip itu tiada sebarang bukti.

-Sinar Online

View the original article here