iklan 728x90

Pages

Wednesday, 1 October 2014

Cara Mudah Elak Masalah Obesiti



Malaysia mendu­duki tempat keenam di rantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti dan mendahului senarai di Asia Tenggara untuk masalah obesiti dan kencing manis.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, terdapat tiga juta rakyat Malaysia mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dengan lima juta individu menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis. 
Kata-kata seperti mencegah lebih baik daripada mengubati dan biarkan makanan menjadi penawar, memberi inspirasi kepada MBG melancarkan kempen MBG Golden Ho7se Bonanza untuk me­ngetengahkan makanan sihat serta menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai asas resipi. 

Pada asasnya, kempen makan secara sihat ini untuk menggalakkan rakyat Malay­sia me­ngambil buah-buahan sebagai sebahagian daripada diet pada bila-bila masa, terutama ketika musim keraian yang sering dilimpahkan dengan aneka makanan yang boleh membawa kemudaratan kepada sistem penghadaman.  
Untuk itu, pengambilan buah-buahan amat digalakkan kerana ia boleh disesuaikan dengan apa juga jenis sajian, malah boleh dimasukkan dalam resipi makanan.

Untuk kesan lebih baik, individu digalakkan makan sekurang-kurangnya lima hidangan sayuran dan buah-buahan warna-warni sehari sebagai sebahagian daripada diet dan gaya hidup sihat. Caranya, ambil sedikit buah-buahan sebelum makan (untuk memastikan anda tidak terlebih ma­kan) dan selepas makan (untuk membantu penghadaman). 


Gunakan kreativiti untuk memasukkan buah-buahan sebagai bahan asas masakan atau sekurang-kurangnya sebagai pencuci mulut manakala minum jus buah-buahan semula jadi untuk menggantikan minuman kordial. 


Buah-buahan berfungsi membantu memulihkan sistem penghadaman dan membekalkan vitamin, antioksidan dan nutrien yang diperlukan untuk meneutralkan kesan buruk daripada makanan dan tekanan ke atas tubuh. 

Sebagai permulaan, sediakan resipi mudah berasaskan buah-buahan sebagai bahan utama salad. 


Menurut Chef Christopher Yee, bagi menjadikan hidangan lebih enak, ia ha­nya perlukan sedikit kreativiti, gerak hati dan keupayaan bermain dengan perasa, tekstur dan warna buah-­buahan. Selepas itu, gayakan persembahan de­ngan menambah hiasan bagi menjadikan sajian lebih menyelerakan. 


Sajian kegemaran yee sang pada Tahun Baru Cina boleh diubah dengan mencampurkan buah-buahan dan sayuran. Ia mudah disediakan terutama apabila dicampurkan dengan ceri dan sos plum. 


Ceri disenaraikan sebagai buah unggul kegemaran rakyat Malaysia (menurut hasil tinjau selidik buah-buahan MBG yang dikeluarkan pada September tahun lalu) manakala merah pula warna melambangkan kemeriahan Tahun Baru Cina. Justeru, penggemarnya boleh mencipta sos ceri yang sihat manakala gantikan snek keropok berminyak dengan bertih beras yang lebih sihat. 


Untuk sajian utama iaitu kerapu merah masak reneh dalam bouillion plum, boleh menggunakan beberapa jenis buah-buahan sebagai sebahagian daripada perencah atau perasa dan bahan membuat sos. 


“Cuba reneh ikan untuk menggantikan cara mengukus bagi menghasilkan tekstur yang lembut. Gunakan rumpai laut dan buah-buahan untuk menambah kelazatan rasa ikan. Gunakan buah kiwi, tembikai, plum dan mangga kerana ciri-ciri semula jadi dan ringan serta tidak menenggelamkan rasa ikan. Sajian ini juga memberikan warna menarik sebagai hidangan pembuka selera,” kata Chef Yee. 

Untuk hidangan pencuci mulut, kek mousse buah naga dengan beri dan aiskrim buah markisa pasti meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan. 


Resipi kerapu merah masak reneh (untuk empat orang) 

- 2 keping isi kerapu merah
- 2 biji kiwi
- 5 biji plum
- 50 gram cendawan shimeiji
- 100 gram tembikai
- 100 gram mangga
- 2 batang asparagus
- 200 gram tembikai hami
- 1 biji jus lemon
- 1 biji kulit lemon
- 2 sudu besar kicap
- Garam laut dan lada putih secukup rasa
- Daun ketumbar muda untuk hiasan
- Kulit limau Mandarin secukup rasa 


Cara penyediaan: 

1. Kupas mangga dan jadikan puri, tambah garam dan paprika salai sebagai perasa. 

2. Kupas kiwi, kisar dan tambah kulit lemon dan garam laut sebagai perasa. 

3. Tembikai dipotong dadu, ditabur gula perang dan dijadikan gula hangus (karamel), ketepikan untuk disejukkan. 

4. Tembikai dipotong dadu, daun ketumbar dicincang, gaul kesemuanya dan tambah minyak zaitun, garam dan jus sebagai perasa. 

5. Celur asparagus dalam air garam, kemudian tumis dalam mentega dan tambah perasa. 

6. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cendawan shimeiji, masak bersama asparagus dan tambah garam dan lada putih sebagai perasa. 

7. Masukkan plum yang dicincang kasar, jus lemon, kicap dan garam laut ke dalam satu lagi periuk dan kemudian masukkan isi kerapu merah, renihkan selama 20 minit. Angkat dan toskan air yang berlebihan. 

8. Letakkan dalam ping­gan hidangan dan sedia untuk disajikan.

View the original article here

1 comment: