Wartawan Kacak Jadi Tumpuan Ketika Buat Liputan Krisis Politik Di
Thailand | BANGKOK - THAILAND. Kehadiran seorang wartawan dari Jepun
yang kacak di tengah-tengah krisis politik berpanjangan di Thailand
menenggelamkan suhu tunjuk perasaan serta pilihan raya umum 2 Februari
di negara itu.
Banyak gambar Daijiro Enami dikongsi melalui laman media sosial,
Facebook, Twitter dan Instagram oleh rakyat Thailand selepas rakan-rakan
media dan penunjuk perasaan memuatnaik gambar Daijiro membuat kerjanya
atau tersenyum dengan wanita-wanita, lapor Bangkok Post.
Daijiro yang berusia 28 tahun itu merupakan wartawan untuk Fuji Television Network.
Dia telah menemubual pemimpin tunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban dan
membuat liputan ketika pilihan raya umum di daerah Bung Kum, di mana
Perdana Menteri Sementara, Yingluck Shinawatra mengundi. - SinarHarian
No comments:
Post a Comment