Fuh... bayangkan setahun tanggung aib dituduh merog0l, apa perasaan
anda? mana nak letak muka malu tu... walaubagaimanapun kes ini dianggap
selesai apabila tertuduh bebas dari kesalahan tersebut. Teruskan membaca
selanjutnya...
Kuala Lumpur: “Malu memang malu, tapi yang penting sekarang saya
bebas daripada pertuduhan itu,” jelas penyanyi, Mohd Mentor mengenai
pertuduhan kes merog0l seorang penyanyi wanita pada awal tahun lalu.
Mohd atau nama sebenarnya Mohamad Izwan Mohamad Nor, 26, berkata,
selepas hampir setahun berdepan aib dan kemelut menjejaskan periuk
nasinya, dia menerima berita gembira itu apabila dibebaskan sekitar
September tahun lalu apabila kes itu ditutup kerana tidak ada bukti.
Susulan itu, juara Mentor musim keempat ini berkata, dia turut
berhasrat mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan
secara terperinci kes terbabit.
“Kalau ikut marah, memang ada marah lagi. Bayangkan aib hampir
setahun, tapi paling penting saya sudah bebas daripada pertuduhan
memalukan itu,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, semalam.
Mohd berdepan pertuduhan itu selepas dia didakwa merogol peserta
Mentor 5 iaitu Noor Nazatul Farahin atau Zatul, 25, 31 Januari tahun
lalu di rumahnya di Ukay Perdana, Ampang dekat sini.
Berikutan itu, Mohd direman lima hari bermula 5 Februari 2013
mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di
bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mer0gol.
Bagaimanapun, selepas beberapa bulan siasatan berjalan, Mohd akhirnya
dibebaskan daripada kes itu apabila polis mendapati pertuduhan
dikemukakan tidak mempunyai bukti.
Mohd berkata, keputusan mengumumkan status kes itu kepada khalayak
menerusi sidang media wajar dilakukan agar kekeliruan dan persepsi buruk
yang timbul dapat dipulihkan semula - Hmetro Online
Monday 3 February 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment