Agnes Monica yang popular dengan lagu Matahariku, Agnes Monica dikritik hebat berikutan penampilannya semasa menghadiri satu majlis hiburan di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Bukan kerana pertemuannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Sony Music Entertainment atau aktorHollywood, Jamie Foxx tetapi pemilihan busana yang digayakannya rata-rata menjadi bahan bualan peminat di laman Twitternya.
Antara maklum balas yang dimuat naik berbunyi: “Ya Tuhan, lebih baik kamu tidak memakai pakaiansahaja.”
Meskipun wanita berusia 27 tahun itu mendapat komen yang negatif, namun
masih ramai peminat yang terus menyokongnya kerana tidak banyak
selebriti berpeluang hadir ke majlis sebesar itu.
No comments:
Post a Comment