PELAKON Sharifah Sakinah ni memang gemarkan kegiatan kecergasan dan senaman.
Memetik portal GUA, untuk tujuan itu, pengurusnya mewujudkan satu
laman Instagram khas bagi aktiviti ini. Setiap kali Sakinah ingin
melakukan aktiviti kecergasan, hebahan dibuat melalui akaun Instagram
tersebut.“Akaun Instagram yang diwujudkan untuk tujuan tersebut, @fitnessakinah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dalam dua minggu diwujudkan, akaun tersebut mempunyai hampir 20,000 orang pengikut dan bilangannya semakin bertambah,” ujarnya.
Tapi yang tak sedapnya, banyak pihak, lelaki dan perempuan, menyindir pelakon itu setiap kali dia memuat naik fotonya yang berpakaian sukan.
Ada yang ‘geram, malah ada yang menggelarnya KARIPAP PANAS!
SEMENTARA itu ketika diminta mengulas mengenai pandangan negatif sesetengah orang apabila Sakinah memuat naik gambar dirinya berpakaian sukan yang dianggap seksi oleh sesetengah pihak, gadis berusia 25 tahun ini ada jawapannya tersendiri.
“Orang salah anggap. Orang yang mengikuti saya di laman sosial ramai, jadi banyak juga pendapat yang diberikan. Saya hormati semua pendapat mereka, ada yang bertelagah sesama sendiri dalam ruangan komen, tapi saya tidak pernah masuk campur. Jika mereka memberikan maklum balas positif, saya berterima kasih. Kalau mereka komen berbentuk nasihat pun, saya berterima kasih juga.
“Apa yang saya boleh cakap, saya jadi diri saya sendiri. Kalau orang ambil perkara itu sebagai positif, jadi positiflah perkara tersebut. Kalau orang ambil perkara itu sebagai negatif, jadi perkara itu akan menjadi negatif.
” Apapun, saya rasa terharu dan tersentuh hati apabila melihatkan kegigihan sesetengah pihak yang menyertai aktiviti yang saya jalankan untuk merubah diri mereka. Malahan ada yang kini sudah menampakkan perubahan. Apa yang penting, saya kena ambil positif perkara ini,” tutur Sakinah.
Macam-macam…
No comments:
Post a Comment