Dalam
ramai-ramai selebriti lelaki, Fahrin Ahmad merupakan salah seorang yang
sering mendapat perhatian peminat wanita kerana wajahnya yang kacak.
Tidak hanya
itu, Fahrin juga sering terpalit soalan cepumas dari sesetengah orang
baik media mahupun kenalan rapatnya mengenai isu rumahtangga.
Sedangkan
bekas teman wanitanya iaitu Linda Onn dan Scha Alyahya juga sudah
bergelar isteri dan berbahagia dengan pilihan masing-masing.
Sekitar tahun
lepas, Fahrin pernah meluahkan hasratnya untuk mencari teman hidup dari
kalangan guru sekolah namun sehingga kini masih belum ura-ura yang
pelakon itu akan mengakhiri zaman bujangnya.
Bagaimanapun
pada minggu lepas, Fahrin secara tiba-tiba memuat naik sekeping foto di
Instagram menunjukkan dirinya sedang melamar di tepi jalan.
Foto yang berserta caption ‘The Proposal…. Will you???’ itu
telah menarik perhatian sebahagian besar pengikutnya di laman sosial
tersebut dan kebanyakannya menyatakan kesudian mereka untuk berkahiwn
dengan Fahrin.
Adakah Fahrin sudah bersedia untuk bergelar suami atau ianya sekadar gimik lakonannya untuk sesebuah drama atau filem sahaja?
No comments:
Post a Comment