iklan 728x90

Pages

Saturday, 1 February 2014

Ahmad Dhani Mengaku Nikahi Mulan Sejak 2009


SELEPAS sekian lama mengunci mulut mengenai hubungannya dengan Mulan Jameela, komposer Indonesia terkenal, Ahmad Dhani akhirnya mengaku bahawa mereka sudah pun bernikah sejak tahun 2009.

Perkara itu didedahkannya menerusi satu program televisyen “Satu Jam Lebih Dekat”.

Menurut Dhani, majlis tersebut dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga mereka termasuklah ibu Mulan dan juga ibunya.

Ia diadakan di rumahnya semasa majlis berkhatan ketiga-tiga anak lelakinya.

Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan cahaya mata perempuan yang dinamakan Safeea Ahmad.

“Mungkin ada sesetengah ayah yang inginkan anak perempuan selepas mempunyai tiga anak lelaki. Tetapi saya lain kerana sejak Mulan beritahu dia hamil, saya sangat berharap kandungannya adalah anak lelaki.

“Tetapi saya pasrah apabila melihat Safeea dilahirkan yang mana dia kini sudah pun berusia tiga tahun,” jelasnya.

Ditanya mengapa dia memilih untuk mendiamkan diri selama ini, Dhani berkata masyarakat tidak perlu mengambil tahu mengenai urusan peribadinya kerana ia bukanlah sesuatu yang penting untuk dihebahkan kepada umum.

(Sumber asal: Kompas)

Oleh: ELZA

No comments:

Post a Comment