Disebabkan
semuanya melakukan pembedahan, susah untuk cari artis Korea yang
sememangnya cantik semulajadi, kiranya yang tersenarai ini sudah cantik
sejak muda lagi, mereka ini tidak melakukan sebarang pembedahan plastik
seperti mata, dagu, bentuk muka, hidung dan pelbagai lagi. Ramai artis
Korea yang menjalani pembedahan plastik untuk tampil cantik. Sebenarnya
bukan artis Korea sahaja yang buat pembedahan plastik ni tapi masyarakat
Korea yang tidak bersangkutan dengan Tv turut melakukan pembedahan
plastik.
Yoona
merupakan salah seorang ahli kumpulan Girls Generation. Yoona disukai
kerana dia mengekalkan kecantikan semula jadi tanpa sebarang pembedahan
plastik. Malah, Yoona tersenarai di antara 100 wanita tercantik di dunia
tahun 2013 oleh Independent Critics. Yoona turut menjadi wanita
tercantik di Asia oleh majalah di China.
KIM TAE HEE
Semua wanita,
remaja di Korea mahukan wajah seperti pelakon Kim Tae Hee, mata yang
besar, bibir tebal dan mempunyai kelopak mata. Sentiasa tersenarai dalam
wanita tercantik di Korea. Kim Tae Hee juga baru-baru ini mendedahkan
hubungan cinta dengan penyanyi Rain.
PARK SHIN HYE
Semakin
digemari kerana lakonan cemerlang dalam drama hebat, The Inheritors.
Dalam satu temu bual, Park Shin Hye menjelaskan dia langsung tidak
melakukan pembedahan plastik, padanya pembedahan plastik hanya
menyakitkan sahaja.
SANDARA PARK 2NE1
Sandara Park
berjaya mengekalkan kecantikan asli dan disebabkan itu dia banyak
terpilih menjadi CF untuk iklan produk kecantikan di Korea.
SONG HYE KYO
Duta kepada
produk kecantikan Laneige, Song Hye Kyo merupakan satu-satunya artis
Korea yang tersenarai dalam 100 wanita tercantik di dunia setiap tahun.
Dia terpilih bukan sahaja kerana kecantikan semulajadi tetapi juga latar
pendidikan yang dimilikinya.
SONG JI HYO
Semua orang sukakan kehebatannya dalam Running Man. Gambar Song Ji Hyo ketika remaja ini pernah disiarkan dalam Running Man.
MOON GEUN YOUNG
Pelakon ini
berlakon sejak kecil lagi. Lihat sahaja lakonan Moon Geun Young dalam
drama Autumn in My Heart, sungguh cemerlang. Wajahnya ketika zaman
remaja sehingga sekarang tidak jauh beza bukan. Mungkin disebabkan
itulah, Kim Bum tertarik dengannya.
JANG NA RA
Pelakon ini
digelar ‘Babyface’ Korea kerana dia langsung tidak berubah dari dulu
sehingga sekarang. Selamanya muda. Dah umur tiga puluh pun masih comel
macam ni. Jang Na Ra cukup terkenal di China.
HAN GA IN
Merupakan
peminat fanatik G Dragon memiliki kulit yang sangat cantik. Juga
tersenarai antara wanita Korea tercantik. Mempunyai paras rupa yang
kecil menjadikan dia sentiasa awet muda.
No comments:
Post a Comment