iklan 728x90

Pages

Monday, 6 January 2014

Ramona Zamzam Akui Suka Masuk Kelab Malam, Tapi Itu Zaman Remajanya

 

Sebelum ini, beberapa keping gambar Ramona Zamzam yang menjolok mata dan liar di sebuah kelab malam pernah menjadi bahan kritikan peminat di awal pembabitannya dalam dunia hiburan.

Meskipun kontroversi tersebut senyap seketika namun ianya kembali dibangkitkan oleh segelintir peminat baru-baru ini. Mereka mungkin tidak berpuas hati atau cemburu dengan populariti yang dimilikinya.

Bercakap kepada akhbar hari ini, Ramona Zamzam melahirkan perasaan kesalnya dengan perkara tersebut. Kata pelakon seksi itu, banyak lagi isu lain boleh dijadikan bahan kritikan namun berasa pelik kisah silamnya pula yang dijadikan isu.

“Peliklah mereka semua ini. Kenapalah suka sgt ulang-ulang cerita 10 tahun lepas? Tolonglah, itu gambar lama yg diambil ketika saya berumur sekitar 16 tahun."

"Memang betul gambar berkenaan, tapi gosip itu pernah kecoh ketika awal pembabitan saya. Saya sudah pernah jelaskan gosip ini dulu. Tak sangka benda ini datang balik. Saya tak marah tapi kesal dan sedih sangat jadiny
a.”


Selain berasa kesal, aktres filem Sepah The Movie itu turut mengakui agak terganggu dengan kontroversi berkenaan. Jadi, Ramona meminta agar penyebaran gambar lama itu dihentikan dan tidak lagi dimanipulasikan oleh pihak tertentu. 

“Ketika itu, umur saya 16 tahun. Biasalah zaman remaja tentu ada kesilapan sana dan sini, tapi itu benda lama. Sejak jadi artis saya sangat peka pada tindak-tanduk saya. Saya sudah tak buat benda-benda macam itu lagi. Jadi kenapa nak dibangkitkan lagi?”


No comments:

Post a Comment