Riski a.k.a Yaya adalah suspek yang terpaksa berdepan dengan pihak polis atas perbuatannya lucahnya.
Beliau telah diserahkan oleh orang ramai yang menahannya setelah seorang
pelajar sekolah menenagah yang hampir dirogolnya di Garut, Jawa Barat
membuat aduan. Tidak itu sahaja, Riski turut mengugut mangsa dengan
memaksa beliau menyerahkan wang kepadanya.
Kejadian bermula apabila mangsa yang baru pulang dari sekolah ke
kampungnya di Cirawa Jati. Oleh kerana jarak sekolah dan rumahnya agak
jauh, beliau terpaksa merentas kawasan estate untuk sampai.
Di dalam perjalanan itu, beliau telah dihalang oleh suspek. Mangsa
kemudiannya diheret ke sebuah pondok di ladang itu tersebut. Ketika
hampir dirogol oleh suspek, mangsa meronta-ronta untuk mengelak dari
suspek.
Akibat dari rontaan tersebut, nafsu suspek semakin meluap-luap terhadap
mangsa. Akibatnya beliau mengalami ejakulasi awal sebelum sempat
memperkosa mangsa. Kejadian rogol tersebut gagal dilakukan oleh suspek.
Oleh kerana suspek tidak dapat merogol mangsa, beliau telah memeras ugut
mangsa dengan memaksa mangsa menyerahkan wang kepadanya. Dan selepas
itu beliau meninggalkan mangsa di pondok tersebut.
Mangsa kemudiannya meminta pertolongan daripada orang yang lalu lalang
di kawasan ladang tersebut. Selepas aduan dari mangsa, orang ramai
bergegas mencari suspek dan memukul beliau sebelum diserahkan kepada
pihak polis.
No comments:
Post a Comment