iklan 728x90

Pages

Friday, 10 January 2014

Nedim: Belum Ada Perbincangan Untuk Kahwini Nora Danish

 

RATA-RATA peminat pelakon Nora Danish mengetahui aktres itu sering bersama seorang jejaka Mohamad Nedim Mohd Nazri melalui paparan gambar di laman sosial miliknya.

Susulan itu, khabar angin mengenai pelakon kecil molek itu yang sedang membuat persediaan untuk berkahwin dengan Nedim telah dinafikan pada tahun lalu.

Terbaru, jejaka berusia, 31 tahun yang sering dikaitkan dengan Nora turut menafikan akan melamar aktres jelita itu pada tahun ini.

Memetik dalam laporan sebuah akhbar tempatan hari ini, Nedim mengakui Nora adalah orang yang paling rapat dalam hidupnya ketika ini namun masih belum membuat perbincangan mengenai perkahwinan itu.

“Saya kurang selesa berbicara mengenai perkara ini, kalau boleh saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan. Namun kerana Nora seorang selebriti, saya faham situasi ini dan apa yang boleh saya katakan setakat ini kami rakan rapat dan Nora adalah wanita yang paling rapat dengan saya.

"...kami pernah melalui pengalaman bercerai dan masing-masing mempunyai seorang cahaya mata. Jadi bagi kami, soal kahwin bukanlah keutamaan buat masa sekarang. Nora sendiri seperti yang umum tahu sibuk dengan pelbagai projek filem dan juga drama sepanjang tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, Nedim juga berkata perkara mengenai perkahwinan itu diserahkan kepada ALLAH dan jika ianya berlaku akan dikongsikan kepada umum.

“Bagaimanapun ini situasi yang berlaku sekarang, namun segala di tangan ALLAH, andai ditemukan jodoh antara kami, sudah tentu perkara itu tidak dapat dielak.

"Namun buat masa ini kami selesa dengan hubungan terjalin seadanya sekarang,” katanya.

No comments:

Post a Comment