Bergelar pengacara selebriti bertaraf antarabangsa, Marion Counter
cukup bertuah apabila dia bukan saja mampu hidup mewah bahkan seringkali
mendapat layanan istimewa daripada pihak produksi. Ini berikutan timbul
khabar angin mengatakan wanita jelita ini kerap diterbangkan dengan jet
peribadi ke set lokasi penggambaran.
"Hanya sekali-sekala. Tapi saya tak terlalu memikirkan tentang semua
itu. Apa yang penting ialah saya sentiasa inginkan kesihatan yang baik,
keluarga dan anak-anak saya sihat dan kami hidup gembira. Pada saya
kemewahan itu adalah bonus.
"Ya, saya dianggap bertuah tapi saya juga lalui banyak perkara getir
dalam hidup saya. Ayah saya meninggal dunia di ketika usia saya masih
muda, adakah saya dikira bertuah? Setiap orang melalui suka duka hidup
mereka sendiri. Dan Alhamdulillah... saya bersyukur dengan apa yang saya
perolehi hari ini"
Marion atau nama sebenarnya Marion Rose Counter Abdullah, 33, berkata
demikian tatkala diminta mengulas desas desus dia dikatakan sering
mendapat layanan istimewa semasa bertugas juga perasaannya menjalani
hidup dalam serba kemewahan.
Thursday, 30 January 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment