iklan 728x90

Pages

Wednesday 15 January 2014

Lana Nordin Punya Pengganti Johan As'ari?

13 Jan – Selepas putus hubungan dengan aktor Johan As'ari, aktres seksi, Lana Nordin dikatakan sudah mempunyai pengganti apabila dilaporkan menjalin hubungan dengan jejaka bergelar doktor, namun dinafikan oleh Lana.
"Laporan itu tidak benar. Saya masih 'single and available'," katanya kepada mStar.
Dalam laporan sebuah akhbar mingguan berkata, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin sedang menjalin hubungan cinta dengan rakan lamanya iaitu lelaki kacukan Pakistan-Inggeris, malah lelaki itu juga didakwa telah menghantar bunga mawar kepada Lana di mana Lana sendiri telah memuat naik gambar bunga tersebut di laman sosial Instagram miliknya.
Aktres berusia 34 tahun itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Sebelum ini, bintang filem "Juvana" Johan As'ari telah melamar Lana untuk dijadikan isteri selepas tiga hari berjumpa kerana percaya aktres seksi itu adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.
Namun, Johan dalam satu kenyataannya pada akhir Disember lalu telah mengumumkan perpisahan mereka selepas sebulan bercinta berikutan tidak direstui keluarga Johan.
☿°☿°☿°☿°☿°☿°☿°☿°☿°☿°☿°☿°☿°☿°☿°☿☿°☿°☿°☿°☿°☿°☿°☿☿°☿°☿°☿°☿°☿°☿°☿

No comments:

Post a Comment