Isteri kepada pelakon Amar Asyraf Zailuddin, 28, iaitu Arna Salleh, 29, kini dilaporkan telah hamil tiga bulan setengah.
Menurut Amar Asyraf, kehamilan isterinya sudah diketahui mereka sejak November lalu.
``Cuma dia muntah-muntah di awal pagi dan akan baik selepas itu. Jika
waktu malam, masa tidur dia tiba-tiba akan terjaga. Bukan untuk apa,
hanya untuk muntah.
"Masa itulah saya akan berjaga-jaga. Isteri saya juga risau dan takut
jika saya tidur lebih awal kerana dia sentiasa terbayangkan sesuatu,"
katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama 3 Dara Pelamin 1, di
sini hari ini.
Pasangan itu berkahwin pada 7 Jun lalu dan majlis pernikahan mereka berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak.
Saturday, 25 January 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment