iklan 728x90

Pages

Sunday 5 January 2014

Gambar tu Time Umur Saya 16 Tahun di Disko, Ramona Zamzam

 

Kuala Lumpur : “Peliklah mereka semua ini. Kenapalah suka sgt ulang-ulang cerita 10 tahun lepas?” luah pelakon seksi Ramona Zamzam dalam nada kesal berhubung gambarnya menjolok mata dan liar membabitkan dirinya di sebuah kelab malam yang tersebar di Internet, baru-baru ini.
“Tolonglah, itu gambar lama yg diambil ketika saya berumur sekitar 16 tahun. Memang betul gambar berkenaan, tapi gosip itu pernah kecoh ketika awal pembabitan saya. Saya sudah pernah jelaskan gosip ini dulu.
“Tak sangka benda ini datang balik. Saya tak marah tapi kesal dan sedih sangat jadinya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Aktres filem Sepah The Movie ini berkata, sebagai selebriti dia sentiasa peka dan sensitif pada batasan dan tindak-tanduk seorang wanita Islam.
Justeru itu, katanya, penyebaran gambar lama seumpama itu mengganggu dan tidak wajar berlaku kerana ia cerita lama.
“Ketika itu, umur saya 16 tahun. Biasalah zaman remaja tentu ada kesilapan sana dan sini, tapi itu benda lama.
“Sejak jadi artis saya sangat peka pada tindak-tanduk saya. Saya sudah tak buat benda-benda macam itu lagi. Jadi kenapa nak dibangkitkan lagi?” katanya.
Sambung Ramona, penyebaran gambar lama itu patut dihentikan dan tidak dimanipulasi pihak tertentu untuk mencetuskan kontroversi. 
Sumber : HARIAN METRO


No comments:

Post a Comment