Tindakan seorang ibu di Sabah menghantar anak daranya ke pangkuan bapa kandungnya berikutan cubaan suami barunya itu mencabul remaja berkenaan, umpama menghantar anak sulungnya ke mulut harimau, apabila anak gadisnya itu dirogol bekas suami.
Malah, dalam kejadian itu, bapa kandung remaja berusia 18 tahun itu dikatakan sudah menyarung kondom
selain meletakkan pelincir dipercayai untuk ‘meratah’ anak gadisnya
itu, tetapi mangsa diselamatkan sepasukan polis yang menyerbu hotel
berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki yang bekerja kilang di Masai itu cuba merogol anaknya untuk kali ketiga sebelum polis menyerbu masuk bilik hotel yang disewa mereka. Difahamkan, suspek berasal dari Sabah bercerai dengan ibu mangsa ketika mereka tinggal di Sabah semasa mangsa berusia 8 tahun.
Mangsa dan adik lelakinya tinggal bersama ibunya di Sabah, manakala suspek berhijrah dan bekerja di sebuah kilang di Johor. Bagaimanapun, masalah timbul apabila bapa tiri mangsa cuba mencabulnya Mac lalu, menyebabkan ibu mangsa menghantar remaja itu ke Johor untuk tinggal bersama bapanya di Masai. Malangnya, ketika tidur di rumah bapanya itu pada 5 April lalu, mangsa dirogol pada kira-kira jam 1 pagi, sebelum dirogol kali kedua 14 April lalu di sebuah hotel di Johor Bahru selepas gagal berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (Johor Bahru).

Dalam kejadian
terbaru, dua beranak itu pergi menguruskan dokumen diri mangsa di JPN
Johor Bahru sebelum lelaki itu mengajak anaknya ke daerah ini dengan
alasan mencari pekerjaan.
Apabila tiba di sebuah hotel, mangsa yang curiga dengan kelakuan bapanya yang asyik memegang kemaluannya,
meminta suspek membelikan makanan dan ketika lelaki berusia 37 tahun
itu keluar, mangsa menghubungi sepupunya di Skudai dan meminta
diselamatkan.
Sepupu mangsa
menghubungi kenalannya yang juga anggota polis negeri ini yang
menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk mendapatkan
bantuan. Sebaik menerima maklumat lokasi sebenar hotel, sepasukan polis
diketuai Ketua Unit Cawangan Pegawai Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat menyerbu bilik suspek di hotel berkenaan.
Read more: http://androzip.blogspot.com/2013/11/elak-dicabul-bapa-tiri-dirogol-bapa.html#ixzz2q0RspZjT
No comments:
Post a Comment