Bagaimanapun, Dj Lin tetap berterima kasih dengan teguran yang sedikit sebanyak mengingatkannya untuk berbuat demikian.
"Kita tidak boleh nak kawal semua yang orang cakap terutamanya di laman sosial, banyak teguran-teguran pedas yang kadangkala menguris hati termasuklah menyuruh saya bertudung.Lin yang mengendalikan rancangan Suria Cinta selama empat jam bermula 10 malam dari hari Ahad hingga Jumaat mengakui, dalam rancangan itu dia perlu berinteraksi dan melayan soalan-soalan pendengar segmen tersebut.
"Secara jujurnya memang sedikit sebanyak saya terasa bila ditimbulkan soalan bila nak bertudung pada usia sebegini, namun saya tetap akan jawab dengan cara yang baik dan tidak melukakan hati semua pihak," katanya kepada rakan media.
Jelasnya lagi, sebagai wanita matang, dia yakin akan menunaikan kewajiban tersebut jika sampai waktunya kelak.
"Kita tidak boleh menilai seseorang melalui luaran sahaja, saya mungkin tidak bertudung namun tidak bermakna saya seorang wanita yang jahat.
"Apa yang penting kita perlu tahu apa yang kita lakukan dan tidak bertentangan dengan agama dan budaya masyarakat," katanya.
No comments:
Post a Comment