iklan 728x90

Pages

Monday, 23 December 2013

Zahiril Adzim Bersyukur Punya Isteri Seperti Shera






Setelah pasangan pelakon yang sama cantik sama padan ini bergelar ibu dan ayah, nampaknya kehadiran bayi lelaki mereka benar-benar telah mengubah kehidupan mereka sebanyak 360 darjah.

Zahiril yang ditemui sewaktu majlis sidang media Aku Ada Wali di Kuala Lumpur baru-baru ini telah meluahkan rasa bersyukur dan beruntung apabila memiliki seorang isteri yang berusaha gigih menjaga anak lelaki mereka.

Saya bernasib baik mempunyai isteri seperti Shera. Dia yang banyak menjaga Anaqi. Kadang-kadang saya pun pelik, malam Shera berjaga tapi pagi-pagi dah bangun.

Bukan saya tak ada masa nak jaga Anaqi, cuma saya sibuk dengan pengambaran filem dan drama. Lagipun, Anaqi breast feeding.




Zahiril turut mempelajari sedikit sebanyak tentang bayi daripada Shera, ini kerana isterinya seorang yang rajin membaca selok-belok mengenai bayi.

Kesemua pasal bayi ini, Shera yang beritahu saya. Saya belajar semua dari dia. Dia rajin membaca buku pasal bayi, perkara elok atau tak semua dia beritahu saya.

Dalam masa yang sama, sikap dan kecuaian pembantu rumah yang sering menggemparkan negara sejak kebelakangan ini telah menimbulkan rasa tidak percaya Zahiril kepada perkhidmatan mereka.

Namun, Zahiril menegaskan dia tetap akan mengambil pembantu rumah jika masing-masing sibuk dengan karier.

Ibu bapa kami sibuk bekerja, jadi nak hantar Anaqi tu memang tak boleh. Mungkin akan datang kami gunakan perkhidmatan pembantu rumah.

Untuk pengetahuan, hasil perkahwinannya bersama pelakon jelita Shera Ayob pada 20 November 2011 di Perak, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki yang bernama Nadi Anaqi.
sumber:http://www.ohbulan.com/ -

No comments:

Post a Comment