JAKARTA: Dalam usia baru 18 tahun, Fitriasih dilaporkan sudah mengahwini sebanyak 11 kali dalam tempoh 11 bulan lalu, dengan lelaki Arab yang berbeza dalam satu-satu masa.
Namun ketika
ditanya apa yang menyebabkan beliau mempunyai rekod sedemikian, remaja
terbabit hanya akan menjawab beliau terdesak berikutan masalah
kemiskinan.
Fitriasih adalah seorang daripada ramai wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak di mana lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka.
Perkahwinan dikenali sebagai nikah siri
itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah
undang-undang negeri. Ini bermakna si isteri tidak boleh membuat
tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas
mereka mengakhiri perkahwinan berkenaan.
Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalah gunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar.
Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami
tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa
Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar
Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.
Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami.
Perkahwinan
terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan
Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas
isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu 20 peratus diserahkan
kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan.
“Saya mempunyai
seorang ‘orang tengah’. Beliau memberi tunjuk ajar kepada saya,” kata
Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk
soal siasat.
Tugasan
terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ - terma yang
digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di
kampung Ciburial berhampiran Bandung.
Katanya, beliau sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.
No comments:
Post a Comment