iklan 728x90

Pages

Monday, 30 December 2013

TERKEJUT APABILA MENGETAHUI MENDIANG SUAMI ADALAH AYAH KANDUNGNYA

 

Entah bagaimana perasaan Valerie Spruill apabila mengetahui kenyataan tentang suami yang selama ini dinikahinya. Setelah ujian DNA yang ia lakukan membuktikan bahawa suaminya ternyata adalah ayah kandungnya sendiri. Fakta mengejutkan itu Valerie dapat setelah si suami meninggal dunia.
Wanita yang mempunyai tiga anak dan lapan cucu ini pun mengakui terkejut apabila mengetahui kenyataan itu. Namun akhirnya ia memutuskan menceritakan kisahnya untuk mencari saudara lain dari ayahnya.
"Ini perlu diceritakan kerana anak-anak, kerana mereka perlu tahu dari mana mereka berasal," tutur Valeria. "Aku tahu ini kenyataan yang menyakitkan, kerana aku pun telah dihancurkan oleh ini."
Kesalahan keturunan ini bermula ketika Valerie dibesarkan oleh datuk-neneknya semasa masih berusia 3 bulan. Di usianya yang ke-9, ia mengetahui datuknya adalah sebagai ayah sementara neneknya adalah sebagai ibunya. Kebenaran identiti ayah kandung pun ikut terkubur bersama kematian datuknya.
Valerie tidak pernah diberitahu siapa ayah kandungnya, sehingga kemudian ia bertemu dan berkahwin dengan Percy. Lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori itu meninggal di usia 60 tahun pada 1998 kerana sakit. Valerie akhirnya mengetahui kebenaran perkahwinannya dari bapa saudaranya setelah Percy meninggal.
Wanita asal Ohio ini tidak tahu apakah Percy sudah menyedari mereka adalah anak dan ayah. Namun ia yakin suaminya itu tahu dan tidak mengatakannya kerana takut atau tidak tahu bagaimana harus menyampaikannya. Setelah disiasat, Valerie ternyata mempunyai enam saudara lain namun ia tidak tahu apakah mereka saudara satu ayah atau bukan.


No comments:

Post a Comment