Lana Nordin nampak tenang dengan keputusan Johan As’ari yang memutuskan
hubungan mereka. Berkata kepada Berita Harian, Lana dapat mengagak apa
yang akan berlaku selepas Johan sering berdolak-dalik sejak hubungan
mereka ditentang keluarga. Nasib baiklah putus selepas sebulan, jadi
impaknya tidak hebat sangat.
Menurut Lana Nordin,
Saya tak kecewa, tapi terkejut dengan keputusan Johan. Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi, saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar.
Dia melamar saya selepas 3 hari bertemu, bukan saya memaksa dia melamar saya. Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah?
Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah.
http://www.youtube.com/watch?v=hKldfmErdcE&feature=player_embedded
No comments:
Post a Comment