Bekas
pengacara rancangan MeletOp, Neelofa meluahkan perasaan kesalnya di
laman Instagram selepas difitnah berkhalwat pada Khamis lalu tanpa
sebarang bukti kukuh.
Menurut
pelakon itu, tuduhan berkenaan benar-benar menjatuhkan maruahnya
sebagai seorang selebriti. Katanya, jika benar dia berkhalwat, sudah
pasti ada laporan rasmi polis dan juga surat Jabatan Agama Islam
berserta saksi.
"Kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam sisi undang-undang Malaysia
dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan
Agama Islam berserta saksi."
"Jika benar saya ditangkap khalwat pastinya saya masih berada di
Malaysia untuk selesaikan kes ini. Sekarang saya berada di luar negara
untuk meneruskan pengajian saya. Saya harap pihak yang berkenaan
bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut, terima kasih."
Sementara
itu, Neelofa sempat menegur sikap wartawan yang suka menyebarkan
gosip-gosip tidak sahih agar membuat penyiasatan terlebih dahulu sebelum
menyiarkan apa-apa artikel berkaitan salahlaku selebriti.
"Sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum
membuat artikel sekeras ini. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh
menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artis.
Baca kenyataan penuh Neelofa di bawah yang sempat dimuatnaik beliau di
laman Instagramnya sekitar petang tadi. Pelakon seksi itu jelas sangat
kecewa dengan tuduhan yang disebarkan di akhbar tempatan.
No comments:
Post a Comment