Pelakon Neelofa mengakui dia berkawan rapat dengan penyanyi rap Caprice tetapi menafikan mereka berdua pernah bercinta.
Ini kerana,
sebelum ini Caprice pernah terlepas cakap di program Melodi bahawa
kelancarannya dalam bahasa Melayu adalah disebabkan bercinta dengan
Neelofa pada satu ketika dahulu.
Mengulas
lanjut mengenai perkara itu, Neelofa berkata kepada portal Gua, “kami
memang sudah lama berhubungan rapat. Malah, huubngan rapat tersebut
masih kekal ke hari ini. Tapi tidaklah sampai ke tahap bercinta”.
Neelofa juga
memuji Caprice yang dikatakannya sangat kuat berusaha untuk menempatkan
diri dalam bidang seni suara setanding dengan penyanyi-penyanyi rap yang
lain.
Dalam
perkembangan lain, pelakon kelahiran Kelantan ini akan terbang ke Los
Angeles pada awal Januari depan bagi mendalami ilmu lakonan di New York
Film Academy (NYFA).
Sebelum ini,
pelakon Liyana Jasmay juga pernah mengambil langkah yang sama untuk
memantapkan lagi bakat lakonan yang dimilikinya.
No comments:
Post a Comment