iklan 728x90

Pages

Wednesday, 4 December 2013

Mangsa Rogol Dibayar Pampasan RM5,200!

 

Seorang wanita Britain yang dirogol di sebuah pos pemeriksaan di Mesir menerima pampasan £1,000 (RM5,200) selain permohonan maaf daripada Pejabat Luar kerana gagal membantu mangsa sewajarnya selepas kejadian.

Sebelum ini mangsa yang mendakwa menerima layanan buruk dan tidak sensitif ketika dia meminta bantuan daripada kakitangan pejabat itu selepas kejadian berlaku pada 2011.

Mangsa berkata, dia dirogol di sebuah pos pemeriksaan di kawasan Sinai, tiga bulan selepas revolusi rakyat berlangsung untuk menggulingkan diktator Hosni Mubarak daripada jawatan Presiden Mesir.

Mangsa yang percaya perogolnya seorang pegawai tentera Mesir berkata, dia turut disoal siasat ketika melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Berikutan itu, mangsa memohon bantuan kedutaan Britain di Kaherah namun terkilan dengan layanan diberikan kakitangan di situ sehingga mendorongnya membuat aduan rasmi.

Mangsa mendakwa pihak kedutaan gagal memaklumkan mereka sebenarnya boleh menemani mangsa untuk membuat laporan polis.

Mangsa juga sepatutnya diberikan hak untuk mendapatkan khidmat doktor wanita ketika pemeriksaan kesihatan.

Isu berkenaan kemudian disokong badan pemantau parlimen sehingga mendorong Pejabat Luar Britain mengubah prosedur mereka selepas itu.-Agensi



No comments:

Post a Comment