iklan 728x90

Pages

Tuesday, 31 December 2013

“Kalau Masuk Islam, Saya Akan Buat Dari Hati”

 

PENYANYI yang terkenal dengan jolokan ratu tari dek kelincahannya menari, Stacy, memberitahu kalau satu hari nanti hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam, dia mahu keputusannya itu atas kehendaknya dirinya sendiri dan bukan semata-mata kerana ingin berkahwin dengan kekasihnya iaitu penyanyi Akim Ahmad.

“Ia perkara yang sensitif. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih apatahlagi melibatkan hal agama. Tapi kalau satu hari nanti ditakdirkan saya memeluk Islam, saya akan buat dari hati saya. Ikhlas dari hati saya sendiri dan bukan sebab sesiapa”, kata gadis berusia 23 tahun ini kepada Malaysian Digest.

Pemilik Stracie Angie Anam ini ditemui pada majlis pelancaran single berjudul Hello duet bersama kumpulan SM*SH yang diadakan di Auditorium Bently Music, Damansara, Jumaat lalu.

Begitupun, akui anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini, sejak akhir-akhir ini dia memang banyak bertanyakan perihal agama Islam kepada Akim.

“Kalau berjumpa, kami selalu juga bertanyakan pada dia (Akim) dan kami masing-masing berkongsi perihal agama masing-masing. Dari situ saya baru tahu, oh agama saya sebenarnya tidak banyak beza pun dengan Islam.

“Kalau dulu semasa tinggal di kampung, pergaulan saya terhad dan orang sekeliling kebanyakannya penganut Kristian. Tapi apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.

“Kerana itu juga saya berasa kagum semakin berminat untuk mengetahui tentang agama Islam”, katanya yang sudah enam tahun menetap di ibu kota.

Dalam pada itu, berongsi pula mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia, Stacy berkata, dia berasa bertuah apabila ditawar merakamkan lagu bersama kumpulan yang mendapat sokongan peminat yang mencecah 6.7 juta orang itu. Lantas ia juga satu peluang yang cukup besar buat Stacy untuk memperkenalkan namanya di negara Indonesia.

Lebih menggembirakan, kata Stacy, dek kerana pengaruh kumpulan itu yang sangat kuat dan mempunyai pengikut yang cukup ramai di Indonesia dan Malaysia, secara tidak langsung peminatnya sendiri juga kini semakin bertambah.

“Pengikut Facebook saya sudah mencecah satu juta sejak lagu kami dilancarkan dan pengikut baharu itu rata-rata dari Indonesia.

“Saya melihat ia satu perkembangan baik untuk kerjaya saya dan bertuah dapat melakukan kolaborasi dengan mereka,” katanya.

Pada majlis pelancaran tersebut, Stacy dan SM*SH turut menyampaikan beberapa buah lagu termasuklah lagu duet mereka iaitu Hello di hadapan 100 peminat. – malaysiaDigest 

No comments:

Post a Comment