Bintang kegilaan remaja Justin Bieber semalam diarah agar membersihkan
semburan grafiti yang dituduh dilakukannya di dinding hotel di
Australia.
Datuk Bandar Gold Coast Tom Tate yang berang berkata, remaja Kanada itu
biadab dan benar-benar bodoh. Dia turut menghantar alat membersihkan
grafiti ke Hotel QT yang eksklusif di Surfers Paradise agar penyanyi itu
dapat membersihkan kotoran itu.
“Jika individu yang waras melakukan demikian, mereka perlu menjalani 80 hingga 100 jam khidmat komuniti,” katanya kepada Nine Network.
“Datang dan bersihkan grafiti itu dan kami akan berpuas hati dengan kamu,” katanya.
Dalam satu wawancara berasingan bersama Brisbane Courier-Mail, Tate berkata: “Kita pun pernah muda tetapi berdasarkan apa yang berlaku, Bieber sudah melakukan perkara yang benar-benar bodoh.
“Namun, dia berpeluang untuk membetulkan keadaan.
Saya menggesanya menghormati bandar ini sebagaimana peminatnya di sini menghormatinya.” katanya. - AFP

No comments:
Post a Comment