Selepas di Penang, Fizo Omar bakal melangsungkan majlis resepsi
perkahwinannya di kampungnyadi Kelantan. Menurut Fizo sendiri, untuk
majlis tersebut sahaja, beliau akan menumbangkan 10 ekor lembu buat
tetamu yang hadir.
Sehubungan itu, Fizo menjemput semua peminatnya untuk bersama-sama
meraikan hari bahagianya itu dengan menghadirkan diri ke majlis yang
dianggarkan sebanyak 7,000 jemputan.
“Saya ingin menjemput peminat ke rumah saya pada Sabtu ini, untuk kenduri ini saya menumbangkan 10 ekor lembu. Dianggarkan jumlah tetamu yang bakal hadir adalah 7,000 orang,” katanya pada sebuah akhbar harian, hari ini.Sementara itu, Fizo juga menyatakan setakat ini tidak ada tanda-tanda menunjukkan isterinya sudah pun bunting pelamin.
Tindakannya memuat naik baju bayi di laman sosialnya membuatkan ramai yang beranggapan, mereka bakal menimang cahaya mata.
"Saya tidak pasti sama ada isteri saya mengandung atau tidak, tetapi tujuan saya membeli baju bayi itu tempoh hari sekadar kenangan sahaja.
"Tidak salah juga kalau pembelian baju-baju bayi ini sebagai persedian kami berdua. Kami bukan beli sehelai dua, tetapi banyak sebab baju bayi comel," katanya.
No comments:
Post a Comment