Penampilan Feeya Iskandar yang dikatakan terlalu seksi ketika
mengacarakan program mingguan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 mengundang
kritikan dan tomahan dari peminat di laman forum sosial.
Bercakap kepada Harian Metro
hari ini berhubung kontrovers tersebut, Feeya mengakui terkejut dan
berasa sedih dengan tuduhan mereka sedangkan dia merasakan penampilannya
memang bersesuaian dengan konsep MLM.
“Saya tak faham kenapa orang perlu
pertikai sampai macam itu sekali. Saya tak rasa diri saya seksi. Saya
akui cemuhan itu satu tamparan dan cabaran untuk saya secara peribadi."
"Pada awalnya, saya ingatkan benda itu
tak ada apa-apa. Kesilapan itu menjadi satu pengajaran buat saya agar
lebih berhati-hati dan sensitif pada masa akan datang."
Penyampai radio Sinar FM itu turut melahirkan perasaan terkilannya
kerana buat pertama kali penampilan beliau di MLM menarik perhatian umum
walaupun perkara tersebut tidak keterlaluan seperti dicanangkan.
“Saya akui memakai seluar agak ketat
selalunya ketika mengacarakan MLM ataupun di luar waktu kerja sebab saya
selesa begitu dan itu adalah diri saya.
“Saya pun pelik, banyak lagi benda
lain, bahagian seluar dan punggung saya menjadi isu. Saya hanya menjadi
diri sendiri dan tidak menyangka pakaian dan penampilan saya menimbulkan
perasaan kurang senang kepada segelintir pihak.”
Dalam pada itu, Feeya menafikan cuba bersikap gatal dan tergedik-gedik
untuk menarik perhatian sesetengah peserta MLM. Katanya, dia berbuat
demikian bagi memenuhi konsep MLM yang ceria dan bertenaga.
“Takkanlah saya nak mengendalikan program itu secara sopan santun dan tertib sedangkan MLM perlu tenaga dan gila-gila."
"Saya seronok mengendalikan program itu
dengan cara saya yang ceria. Tak tahu pula benda itu menjadi satu
masalah. Jujurnya, saya malas nak ambil pusing
No comments:
Post a Comment