MINGGU
lalu, aktres Fasha Sandha ada memuat naik sebuah video di Instagram
miliknya iaitu @fashasandha. Video berkenaan memaparkan visual Fasha dan
aktres Nora Danish sedang bermain permainan lari dalam guni pada majlis
hari jadi anak saudara Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Bagaimanapun,
video yang dimuat naik Fasha itu menimbulkan kontroversi dan mendapat
kritikan hebat daripada pengikut-pengikut Instagram Fasha apabila
terdapat visual Nora menarik seorang kanak-kanak berusia dua tahun
dikenali sebagai Dre sebelum meninggalkannya dalam keadaan hampir
terjatuh.
Dre merupakan anak tunggal lelaki yang kini akrab dengan Nora dikenali sebagai Nedim.
Banyak
yang mengeji dan mengkritik perbuatan Nora itu. Pada masa sama, ada
juga peminat Nora yang mempertikaikan motif Fa- sha memuat naik video
berkenaan.
Fasha
yang ditemui sewaktu menjadi juri sebuah program realiti mencari
wartawan akhbar, televisyen dan radio itu mengulas lanjut mengenai video
berkenaan dan turut bercerita mengenai perkembangan terkininya.
Kosmo!: Bagaimanakah perasaan anda dilantik sebagai juri program realiti berkenaan?
FASHA:
Saya sebenarnya berasa bangga diberi kepercayaan menggalas tugas
sebagai juri program realiti pencarian wartawan buat pertama kalinya.
Saya
sebenarnya tidak suka menilai orang tetapi bila diberi kepercayaan
melalui pengalaman yang ada, saya ambil dan berjanji untuk menjadi juri
yang baik.
Adakah sukar untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri?
Bagi saya bukan mudah tetapi saya tidak akan menilai orang begitu sahaja, sebaliknya menilai hasil kerja mereka.
Minggu
lalu anda ada memuat naik video yang memaparkan Nora Danish
meninggalkan Dre dan hampir membuat dia terjatuh. Video berkenaan
mengundang kontroversi dan kritikan hebat daripada peminat yang marah
dengan tindakan Nora itu. Bolehkah anda komen sedikit?
Komen-komen
tersebut tidak menyakitkan hati saya, sebalik- nya menyakitkan hati
pihak di sebelah sana (pihak Nora). Orang tidak kutuk saya tetapi kutuk
dia. Bagaimanapun, saya sudah buang video berkenaan daripada Instagram
saya.
Apakah motif anda memuat naik video berkenaan jika ia boleh mengundang kontroversi?
Pada saya tiada apa yang salah dengan video berkenaan. Ia cuma permainan ketika sambutan hari jadi di rumah mertua..
Selalunya
sebelum memuat naik gambar atau video kita akan menontonnya terlebih
dahulu. Kenapa anda masih ingin memuat naik video tersebut?
Sebab
saya mahu melindungi dia (Nora), jadi saya mengambil keputusan
memadamkan video berkenaan. Saya buang sebab mahu melindungi dia.
Maaf,
kalau boleh saya tidak mahu memanjangkan perkara ini sebab hubu- ngan
kami sudah baik. Lagipun, bukan saya yang muat naik video berkenaan,
sebaliknya pengurus saya.
Apakah perkembangan terbaharu anda dalam bidang seni?
Saya
baru habis penggambaran slot Cerekarama berjudul Racun Ibu di samping
Farid Kamil. Sekarang, saya sedang menjalani penggambaran slot Samarinda
berjudul Miranda untuk TV3.
Drama
tersebut untuk tayangan bulan Januari 2014 dan saya berlakon di samping
Dazrin dan Datuk Eizlan Yusof. Saya juga sedang mempromosikan produk
Slim World sebagai duta dan juga menjadi model untuk satu bara- ngan
kemas. Saya juga bakal dilantik sebagai duta untuk produk kecantikan dan
tidak boleh beritahu produk apa lagi buat masa ini.
Anda dilihat kembali laris selepas berkahwin dan mempunyai anak. Komen anda?
Saya anggap semua ini adalah rezeki anak saya iaitu Putra Rayfal dan juga anak tiri saya, Putra Rayqal.
Apakah perasaan anda memperoleh kehidupan bahagia dan juga kerjaya lakonan yang stabil?
Sebenarnya
saya buat semua ini (berlakon) bukan lagi kerana duit tetapi kerana
minat. Dulu saya akui terlampau aktif menerima semua tawaran yang
datang. Namun sejak menjadi ibu, saya sudah tapis beberapa tawaran yang
datang. Contohnya, saya dapat dua projek dalam masa yang sama iaitu slot
Sama- rinda dan juga sebuah drama 40 episod. Saya terpaksa menolak
drama 40 episod itu kerana ia melibatkan tempoh yang panjang.
Seiring dengan kehidupan anda kecapi sekarang, kontroversi juga semakin kurang. Apakah komen anda?
Apa
yang berlaku itu saya anggap sebagai lumrah. Keutamaan saya kini lebih
kepada anak. Mungkin mereka nampak diri saya sebagai ibu dan kontroversi
juga berkurangan.
Bila
sudah menjadi ibu dan usia semakin meningkat, bagaimanakah pula dengan
watak-watak yang ditawarkan. Adakah anda selektif dalam pemilihan watak?
Saya
tidak kisah apa jua watak yang ditawarkan kepada saya, waima nenek
sekalipun. Saya cuma selektif dari segi skrip dan jalan cerita.-kosmo
online.
No comments:
Post a Comment