iklan 728x90

Pages

Friday, 13 December 2013

Faralyna Idris Semakin Kurus Kerana Ambil Ubat Terlarang?

 

Anak kedua dari tiga adik-beradik yang juga pelakon yang semakin menempa nama di dalam industri, Faralyana Idris menafikan yang dia mengambil ubatan terlarang selain ada khabar angin mengatakan dia mempunyai penyakit anorexia.
Ditanya sendiri ketika ditemui di majlis perasmian drama terbaru Dan Calonnya Adalah… kelmarin, dia memberitahu bahawa badannya memang begitu dan dia sendiri pernah cuba untuk naikkan berat badan dengan mengambil jumlah kuantiti makanan yang lebih banyak dari biasa.
“Saya tidak nafikan badan saya memang kurus dan ada antara rakan lain yang menegur berat badan saya sehinggakan ada satu ketika saya mengambil protein untuk menambah berat badan,” jelas Faralyna tentang susuk tubuhnya yang semakin kurus.
Pelakon ini turut menjawab yang dia tidak menyangkal bahawa dia kini sedang mengenali hati budi seseorang namun begitu menolak untuk memperkenalkan kekasihnya itu kepada peminat.
“Sebelum ini kisah percintaan saya tidak kesampaian setelah 5 tahun bercinta, kali ini tidak mahu bercerita tentang kisah peribadi tetapi kerjaya adalah fokus utama saya sekarang,” ujarnya dalam nada berseloroh.
Untuk drama terbaru lakonan Faralyana, Kim Jing Sung, Ikhwan Hot FM, Anas Ridzuan bakal menyaksikan Maria Tunku Sabri pertama kali muncul di kaca televisyen yang memegang watak sebagai Puan Kamariah ibu kepada Katrina (Faralyna).
Saksikan drama Dan Calonnya Adalah… lakonan Faralyna Idris ini menerusi portal video Tonton secara percuma mulai 12 Disember 2013 hingga 20 Januari 2014.
Rotikaya






No comments:

Post a Comment