iklan 728x90

Pages

Monday 9 December 2013

Anzalna Nasir Bakal Kahwin Tahun Depan

 

Pelakon jelita, Anzalna Nasir, 25, menyatakan dia sudah menetapkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Ini kerana dirinya dan kekasih, Hanif Zaki sudah pun bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk ke fasa bahagia itu.

Berkata kepada Bi-Pop, “perancangannya berkemungkinan tahun depan tetapi kalau nak cakap tarikh tepat bila kami akan berkahwin itu memang belum ada lagi.

“Saya rasa mana-mana perempuan pun mendambakan hari bahagianya. Masing-masing sudah pun bersedia ke arah itu (berkahwin),” jelasnya.

Pelakon berdarah kacukan campuran Cina dan Punjabi itu juga mendedahkan dia tidak akan bersara daripada dunia lakonan sekiranya sudah berkahwin kelak sekiranya bakal suaminya itu mengizinkannya untuk terus aktif dalam bidang yang dicintainya itu.

Sementara itu, Anzalna bakal terbang ke London pada 12 Disember ini untuk melawat keluarganya di sana dan akan kembali semula ke tanah air pada Januari untuk memulakan penggambaran drama yang berjudul Aku Isterinya.

No comments:

Post a Comment