Cemburu dipercayai motif utama seorang ahli perniagaan Amerika membunuh isterinya yang merupakan model pertunjukan kereta.
James Edward Moore II, 32, membunuh Aiko Baniqued Moore, 28, petang Rabu lalu selepas berlaku pertengkaran di kondominium mereka di Amorsolo Street, Filipina.
James dan Aiko berkahwin pada 2011.
Ketika pasangan itu bertengkar, seorang rakan mereka yang berada di sana sempat membawa keluar dua anak tiri mangsa ke lobi kondominium sambil meminta bantuan pengawal keselamatan.
Namun sebaik dia dan pengawal keselamatan tiba, mereka menyaksikan suami mangsa sedang memukulnya dengan teruk di kepala, badan malah menghentak kepala mangsa ke lantai.
Aiko yang pernah muncul sebagai model majalah FHM segera dikejarkan ke Pusat Perubatan Makati berhampiran namun disahkan mati, jam 6.09 petang waktu tempatan.
Dia dikenali sebagai model seksi di Filipina dan merancang untuk tampil dengan rangkaian fesyen sendiri.
Sementara itu, suaminya dikatakan hanya duduk dalam bilik tidur hinggalah polis tiba untuk menahannya.
Terdapat luka di kepala Edward ketika dia ditahan namun pihak polis masih menyiasat jika itu merupakan kecederaan hasil perbuatannya sendiri.

Sumber: http://mynewshub.my/
No comments:
Post a Comment