Jika
kebanyakan pasangan suami isteri enggan mengetahui jantina anak yang
dikandung oleh si isteri atas tujuan memberikan ‘surprise’, namun ianya
berlainan buat pelakon Liyana Jasmay.
Ini kerana,
menurutnya jika mengetahui jantina anak terlebih dahulu ia lebih
memudahkannya untuk membeli keperluan bayi seperti pakaian serta
menghias bilik bayi yang bakal dilahirkan.
“Selalunya,
ramai yang lebih selesa tidak ambil tahu soal jantina bayi mereka lebih
awal. Selalunya, ibu bapa mahu ia menjadi kejutan.
“Tapi bagi
Nana, lebih senang tahu lebih awal sebab memudahkan untuk membuat
persediaan seperti membeli pakaian dan hiasan bilik bayi kelak,” katanya
memetik laporan Berita Harian, hari ini.
Liyana atau
lebih mesra disapa Nana kini tinggal di rumah keluarganya di Kuala
Lumpur dan suaminya, Fathudin Mazlan akan menjenguknya seminggu sekali
kerana terikat dengan komitmen kerja di Sabah.
Sementara itu, Nana juga sempat berkongsi semenjak dirinya hamil, dia kini lebih gemar menjamah stik sebagai makanan hariannya.
Untuk
makluman, pelakon genit ini mendirikan rumah tangga dengan suaminya,
seorang ahli perniagaan pada 2 Februari lalu bertempat di Hotel Seri
Pacific.
No comments:
Post a Comment