iklan 728x90

Pages

Tuesday, 19 November 2013

Hero Harry Porter Belajar Henti Merokok Cara Hipnosis

 

SELAMA ini, Daniel Radcliffe dikenali sebagai perokok tegar namun dia kini mengambil inisiatif mahu bebas dari rokok.

Menurut laporan portal Dailymail, bintang filem Harry Porter itu berubat cara hipnosis iaitu dalam keadaan tidak sedar di West Villafe, New York bagi menghilangkan keinginannya untuk merokok.

Salah satu sumber berkata, Daniel sebelum ini sudah berusaha keras menjauhi tabiat merokok namun ia amat sukar.

"Daniel sudah berusaha banyak kali cuba mengurangkan tabiatnya tetapi gagal. Kemudian selepas berfikir panjang, akhirnya dia membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan dengan cara yang tidak menyakitkan," kata sumber.


Bukan hanya dikenali sebagai perokok tegar, Daniel juga seorang yang sukar menjauhkan diri daripada meminum alkohol, namun dia sedang berusaha membuang kedua-dua tabiatnya itu secara perlahan-lahan.
 
OKIMEDIA


No comments:

Post a Comment