iklan 728x90

Pages

Monday, 18 November 2013

Hafiz Hamidun Orangnya Sombong?

 

Nampaknya kontroversi turut melanda penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun setelah satu artikel  mengatakan beliau seorang yang sombong menerusi akhbar harian Utusan Malaysia. Ikuti artikel penuh tersebut dibawah.

"Mengenali Hafiz Hamidun, memang dia seorang yang ramah, mudah mesra. Tak ada masalah dan mudah dibawa berbincang. Malah kawan-kawan Miss J pun akui dia suka membantu.

Tapi lain pula halnya bila ada yang mendakwa perangai penyanyi nasyid itu sebaliknya. Ada yang kata Hafiz seorang yang sombong. Bersikap pilih kasih bila bekerja.

Dia hanya akan pandang orang yang ada nama, barulah senyum terukir, tangan dihulur untuk bersalaman.

Kalau setakat pekerja biasa, dia buat tak tahu saja. Nak senyum, jauh sekali. Kata merekalah. Miss J tidak pula pernah terkena.

Ada juga khabar angin yang kata kononnya pada satu acara yang disertainya iaitu sebuah rakaman program bual bicara tak berapa lama dulu, mukanya tak pernah nak senyum.

Tahulah Hafiz antara penyanyi nasyid yang banyak dapat tawaran menyanyi. Merata-ratalah dia pergi. Jadual sentiasa penuh.

Mungkin juga dia letih kot.... Tapi apalah salahnya melemparkan senyum pada krew yang bertungkus lumus menjayakan program yang disertai.

Malah dengarnya bila rakaman selesai, Hafiz berlalu begitu saja. Langsung tak bersalaman atau ucap terima kasih kepada semua orang.

Betul ke dakwaan ini? Sebab Miss J sendiri kurang pasti kerana biasanya kalau berjumpa dengan para pendakwah, mereka tidak pernah bermuka-muka.

Miss J pun tak mahu komen lebih-lebih. Kena tanya Hafiz dulu. Itu yang lebih adil.
Hafiz Hamidun Orangnya Sombong?


Nampaknya artikel tersebut turut dibaca oleh Hafiz Hamidun, menerusi laman sosialnya Hafiz memberikan maklum balas tentang isu ini.
"Jawapannya ada pada siapa? saya pun manusia biasa, ada salah silap harap dimaafi #pancaindera"
"alah, mungkin sebab sorang krew yg saya tak tertegur. Lain kali, kalau saya tak sempat salam, jumpa lah saya salam. Kalau hangpa krew perempuan memang taklah saya nak ramah lebih2. Kekadang, kita ni jadi ramah tamah pun org mengata..."
Semoga segalanya terlerai.....


No comments:

Post a Comment