Jasmine
Suraya atau Jasmine Suraya Chin Xian Mei mungkin sebuah nama yang baru
yang kian meningkat naik menerusi projek 3R, berusia 23 tahun berasal
dari Kuching, Sarawak.
Difahamkan
lagi, Jasmine memiliki ijazah dalam bidang Pengajian Politik
Antarabangsa dan Ekonomi dari Monash University, Melbourne, Australia.
Jasmine Suraya merupakan seorang pengacara, penulis serta aktres secara
sambilan dan pernah menulis reviu aktiviti permotoran, beliau merupakan
penulis wanita pertama di Malaysia Timur yang memiliki ruangan aktiviti
permotoran sendiri yang disiarkan di dalam sebuah akhbar utama.
Perkembangan
terbaru, Jasmine Suraya terpilih dalam sesi uji bakat program realiti
‘Projek 3R’ yang berlangsung pada bulan Mei dan Jun lalu menyaksikan 12
gadis berjaya dipilih untuk berentap gelaran trio hos baru program
televisyen popular, 3R (Respek, Relaks, Respon) bagi musim ke-15 yang
dipilih daripada 1000 peserta yang hadir ini bakal bersaing bagi
meneruskan legasi pengacara program 3R sebelum ini iaitu Azah Yasmin
Yusof, Rafidah Abdullah, Low Ngai Yuen, Kartini Ariffin dan Celina Khor.
Tahniah kami ucapkan!
Berikut kami paparkan beberapa foto dipetik dari instagram Jasmine Suraya untuk tatapan anda.
No comments:
Post a Comment