iklan 728x90

Pages

Saturday 2 November 2013

Didie Alias Miliki Butik Online Sendiri

 

Selebriti serba boleh, Didie Alias bergabung dengan dua rakan kongsi iaitu pereka fesyen Farel Mikhael dan Rinz Basha dalam usaha menjadikan jenama Hitham sebagai hab fesyen dalam talian terkemuka.

“Dunia fesyen sudah tiada sempadan dan kemajuan teknologi harus digunakan dengan sebaik-baiknya dan itu yang sedang saya lakukan untuk Hitham.

“Pakaian yang dijual di laman web kami adalah terhad dan direka sendiri oleh saya, Farel dan Rinz malah harga pakaian yang kami jual serendah RM60,” katanya.

Dalam pada itu, Didie berkata, idea untuk muncul dengan perniagaan butik menerusi dalam talian timbul kira-kira dua minggu lalu selepas melihat potensi pembelian menerusi Internet amat baik.

Tambah artis yang juga terkenal dengan jolokan Lady Gaga Malaysia ini, Hitham tidak terhad kepada sesuatu gaya sahaja tetapi akan tampil dengan pelbagai rekaan untuk semua.

“Menariknya semua koleksi kami adalah berasaskan warna hitam kerana ia mudah dipadankan dan sebagai pelengkap gaya,” katanya yang turut melancarkan laman web butik berkenaan iaitu www.hitham4u.com.

Antara artis yang hadir pada majlis pelancaran tersebut seperti Lisdawati, Fauzi Nawawi, ShahIskandar, Raja Ema dan Dazrin. -mStar Online

No comments:

Post a Comment