iklan 728x90

Pages

Sunday, 3 November 2013

BRITNEY SPEARS CADANG MAHU KAHWIN LAGI

 

LOS ANGELES – Bintang pop popular, Britney Spears berhasrat berkahwin lagi walaupun sering gagal dalam hubungan asmaranya.
Setelah berpisah dengan Jason Trawick, Januari lalu, Britney kini keluar bersama dengan David Lucado yang bekerja di sebuah firma perundangan di Los Angeles.
Dalam wawancara dengan radio Jerman, Britney mengaku ingin segera berkahwin dan melahirkan anak kembar.
“Saya mahu dua lagi anak kembar,” katanya.
Sebelum ini, Britney mempunyai dua anak bersama Kevin Federline.
“Saya lebih suka berada di rumah menonton filem dan makan popcorn. Tidak lagi berfoya-foya seperti dulu,” katanya dalam satu kenyataan.


No comments:

Post a Comment