iklan 728x90

Pages

Sunday, 13 October 2013

Wartawan Zubir Bipop Keterlaluan Dalam Isu Aeril dan Wawa











 Sebagai  seorang wartawan hiburan senior seharusnya Zubir menunjukkan sikap profesional ketika menjalankan tugasnya.



Ini sebaliknya terjadi apabila dikatakan berlaku sedikit ketegangan semasa sesi sidang media Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal yang diadakan di Neo Damansara, semalam.


Majlis itu diadakan oleh pasangan tersebut untuk menjelaskan kisah perkahwinan kontroversi yang sebelum ini berjaya dibongkar oleh akhbar sisipan mingguan Berita Harian, Bipop.



Zubir juga meluahkan perasaannya menerusi laman Instagram dengan menggelar kedua-dua pelakon muda itu sebagai munafik dan jahil dalam hal agama berkaitan isu panas itu.



Pada pandangan peribadi penulis, di mana letaknya nilai etika seorang wartawan dalam diri Zubir dan siapa dirinya untuk mempersoalkan Aeril dan Wawa sebagai jahil dan munafik?



Seharusnya Zubir bermuhasabah diri dan tidak terus menghentam pasangan ini.



Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini, sama juga dengan anda Zubir.



Jadi tak perlulah anda menjadi Tuhan dengan menghukum kesilapan orang lain yang langsung tiada kena-mengena dengan diri anda.



Di bawah ini merupakan keterangan yang ditulis Zubir menerusi laman Instagramnya:



Lahar gunung berapi pada sidang media #aerilzafrel & @waw4_zainal petang tadi gara2 sikap munafik kedua2 artis berkenaan selama ini.


Tetap salahkan @davidteo99 kerana takut dimarahi sebab kahwin pada awal karier, sekaligus khuatir masa depan bersama #mig sebab langgar kontrak. Tapi musykil sebab nikah dua (2) kali, selain terpaksa menipu selama ini sebab menghormati permintaan wawa.



Wawa pernah guna nama Allah untuk menipu media, masyaAllah maafkan suami isteri yang nyata jahil bab2 agama. Anyway SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA. Amin tq pada @rajamawar atas kiriman gambar @jane_mig @fizahamad @azaharihamid











Sumber : newsinfo2u.blogspot.com

 

No comments:

Post a Comment