iklan 728x90

Pages

Monday 21 October 2013

Video Gol 'Berhantu' Stefan Kiessling

type="html">
Perlawanan Bundesliga membabitkan Hoffenheim menentang Bayer Leverkusen di Wirsol Rhein-Neckar-Arena awal pagi jumaat lalu berakhir kontroversi apabila jaringan Stefan Kiessling didakwa tidak sah dan dikatakan berhantu.

Stefan Kiessling Ghost Goal

Begitulah bertuahnya kelab Bayer Leverkusen apabila bola tandukan Stefan Kiessling dikira sebagai gol biarpun masuk melalui jalan luar gol.

Gol tersebut dijaringkan pada minit ke-69 sekaligus kemenangan untuk Leverkusen dengan mata 2-1 ke atas Hoffenheim di Stadium Rhein-Neckar Arena, Sinsheim.

Pada mulanya, Kiessling kecewa kerana tandukannya tidak membuahkan hasil tetapi pengadil Felix Brych menyatakan gol sekali gus membuatkan Kiessling sedikit kebingungan dan rakan-rakannya meraikan 'jaringan' berkenaan.

"Kami pasti akan meminta ulang tayang! Pemain Leverkusen tidak merayakannya (jaringan Kiessling)," katanya.

Ulang tayang memaparkan bola jelas keluar daripada gawang Hoffenheim dan ianya 'masuk' melalui satu lubang jaring dan terus menerjah ke dalam pintu gol.



Pembantu pengadil tak periksa jaringlah ni sebelum separuh masa kedua.

Kalau Maradona ada gol pakai tangan yang digelar “Hands Of God”, Bayer Leverkusen ada gol berhantu.

-Sentiasapanas.com


View the original article here

No comments:

Post a Comment