iklan 728x90

Pages

Sunday 27 October 2013

Video - babon ramas payudara reporter cantik semasa siaran langsung

Babon bernama Mickey, meramas dada reporter stesen televisyen Fox 40 Sabrina Rodriguez, ketika sedang memberikan laporannya. | Daily Mail

SACRAMENTO- Seekor babun menjadi “bintang” televisyen selepas dia meramas dada seorang reporter perempuan yang sedang siaran langsung.

Peristiwa langka ini menimpa Sabrina Rodriguez (29), reporter stesen televisyen Fox 40. Dia tengah merakam laporannya berkaitan Festival Lodi Grape pada 12 September lalu.

Tak dinyana, seekor babun-yang disertakan dalam rakaman itu-berbuat nakal. Babun bernama Mickey itu “memerah” payudara sang reporter.

Sebagai seorang profesional, Sabrina cuba untuk tidak terganggu dan cuba menjadikan kenakalan si babun sebagai bahan jenaka.

“Dia (Mickey) sedang cuba mengambil sedikit diri saya,” kata Sabrina sambil tetap tersenyum.

Namun, Mickey menolak menyingkirkan tangannya dari dada Sabrina dan bahkan meramas dada sang reporter sehingga dia harus menyudahi laporannya.

“Tetaplah bersama kami apabila kami mempelajari mengapa babun gemar meramas,” kata Sabrina.

Sebelum kejadian itu, semua berjalan lancar. Kepada penonton, Sabrina memperkenalkan Mickey dan keduanya bahkan berjabat tangan dengan cukup sopan.

Namun, sedetik kemudian, Mickey sudah bergelayut di bahu Sabrina, sementara tangannya berusaha meraba-raba sang reporter. Tak lupa Mickey memandang kamera mempamerkan “senyumannya”.

Saat itu, Sabrina tengah merakam laporannya berkaitan Festival Lodi Grape yang berlangsung pada 12-15 September lalu. Laporan itu secara khusus bercerita tentang kera.

Laporan itu akan menerangkan bahawa babun adalah makhluk sosial, dan Mickey mempraktikkan hal itu dengan sangat baik di skrin televisyen.

Sebelum tampil bersama Sabrina, Mickey sudah menjadi bintang saat bermain bersama pelakon Tom Cruise dalam filem Rock of Ages yang dikeluarkan pada 2012.
Sumber kompas.com

View the original article here

No comments:

Post a Comment