iklan 728x90

Pages

Sunday, 13 October 2013

Uqasha Dan Pekin Tak Sabar Nak Kahwin

"Kalau diikutkan, esok juga saya ingin berkahwin dengan Uqasha tapi banyak pula proses yang perlu diselesaikan. Lagipun ia bukan perkara main-main dan saya sangat berharap hubungan kami akan ke jinjang pelamin,” ujar Pekin, sebaik sahaja diajukan mengenai hubungan dengan aktres jelita, Uqasha Senrose.



Tegas Pekin, dia sangat yakin kakak kepada pelakon Nellydia Senrose itu adalah jodohnya. Sejak bertemu Uqasha, hatinya terus terpaut dan terbuka untuk berkahwin.

“Sebenarnya saya tak pernah terfikir untuk kahwin. Tetapi sejak terpandang Sha (gelaran Uqasha) di pejabat MIG, saya terus ajak dia berkahwin.

"Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala saya ketika itu. Apabila jumpa dia, saya terus sedar dialah calon isteri yang terbaik untuk saya," katanya.

Semakin terbuka berbicara mengenai hubungan mereka, Pekin memberitahu, dia dan Uqasha sudah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan bulan lalu. Setelah mengenali hati budi masing-masing, mereka nekad untuk ke fasa yang lebih serius.

"Julai lalu, saya telah merisik Uqasha dan ia boleh dikira sebagai majlis pertunangan kami secara tak rasmi.

"Dan kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa setahun lagi," katanya yang lebih suka melangsungkan pertunangan dan pernikahan dalam satu majlis yang sama.

Dapat restu orang tua

Menurut Pekin, hubungan mereka turut mendapat restu dari keluarga masing-masing. Tambahan pula dia kini semakin kerap menghabiskan masa bersama keluarga Uqasha jika mempunyai kelapangan.

"Hari raya lepas saya ada bertandang ke rumah Uqasha. Malah kami berdua turut berpakaian sedondon berwarna kuning.

"Alhamdulillah, keluarga Uqasha sangat baik dan menerima saya seadanya," kata Pekin yang turut mengakui pernah bercuti dengan mereka sekeluarga.

Berkongsi detik perkenalan mereka, kata Pekin, dia sebenarnya sudah lama mengenali Uqasha. Namun ketika itu mereka tidak pernah bertegur sapa sehinggalah bertemu semula di set penggambaran Paku Pontianak.

"Kami pernah tinggal berjiran di Subang Jaya sebelum ini, namun hanya sekadar melemparkan senyuman.

"Lagipun, ketika itu saya masih lagi menjalinkan hubungan cinta bersama bekas kekasih (Ayu Raudhah)," ujar Pekin yang ditemui di majlis pra-tonton filem MIG, di Sunway Pyramid, semalam.

Pekin berkata, ketika awal penggambaran Paku Pontianak, mereka masih berasa agak segan dan kekok antara satu sama lain. Namun siapa sangka penggambaran selama hampir dua bulan di sekitar Februari lalu itu berjaya menyatukan hati mereka.

"Kebetulan kami bawa watak utama, iaitu sebagai Adam dan Melati. Dalam filem ini kami jadi pasangan suami isteri dan secara tidak langsung ia benar-benar mengusik hati kami.

"Sejak itu, hubungan kami semakin rapat dan sehinggalah hari ini," kata Pekin.

Tertarik dengan kejujuran Pekin

Berbalik kepada Uqasha pula, hubungan singkat antara dia dan Pekin bukan ukuran menentukan kebahagiaan mereka selepas berumahtangga kelak.

Baginya, sikap Pekin yang bertanggungjawab dan menghormati orang tua berjaya memikat hatinya untuk serius dalam hubungan itu.

"Dia seorang yang berterus-terang dan jujur. Malah ketika dia mula-mula melamar dulu, saya sangat terkejut dengan tindakannya itu.

"Namun, kesungguhannya itu berjaya membuka hati saya menerimanya," ujarnya yang sangat tertarik dengan sikap Pekin yang sangat memahami dirinya.

Turut mengesahkan hubungan mereka telah mendapat restu daripada kedua belah keluarga, Uqasha berkata, dia menyambut baik hasrat Pekin untuk berkahwin dalam tempoh setahun lagi.

"Sepanjang itu, saya bercadang untuk mengumpul wang bagi perbelanjaan majlis kahwin kami nanti," kata Uqasha.

-SinarOnline


 

No comments:

Post a Comment