Sebenarnya kisah penyanyi baru ini yang semakin menikmati kehidupan mewah ada singgah di telinga Aida beberapa minggu lalu.
Bagi melihat sendiri berita ini, Aida mula mencari laman sosial yang memaparkan gambar-gambar mewah penyanyi yang dimaksudkan.
Kalau diikutkan, nama Salwa Razak selepas kontroversi dengan teman lelakinya semakin tenggelam.
Mengikut cerita yang disampaikan kepada Aida, Salwa sebenarnya hidup atas tajaan seseorang. Tidak cukup dengan itu dia turut berkawan dengan beberapa lelaki dalam suatu masa.
Mencari kebenaran mengenai kisah ini, Aida tanyakan sendiri kepada Salwa.
Terkejut dengan cerita yang disampaikan itu Salwa tidak menolak kehidupannya kini semakin baik dari dahulu.
"Kalau mahu dikatakan terlalu mewah tidaklah. Tetapi memang ada perbezaan dari kehidupan saya dahulu.
"Saya tidak ditaja. Siapa yang bawa cerita ini? Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya saya banyak menerima undangan nyanyian untuk majlis-majlis tertutup. Jadi pendapatan saya kebanyakan datang dari situ," katanya.
Tujuan sebenar dia berkongsi gambar-gambar barangan mewahnya di laman sosial tersebut kata Salwa bukan untuk menunjuk-nunjuk.
"Sama seperti orang lain, saya hanya mahu berkongsi. Tidak sangka pula lain yang orang fikir begitu.
"Untuk apa menunjuk-nunjuk. Saya tahu ada orang lain lebih kaya daripada saya," katanya.
Mengakui dia kini sedang mengenali seseorang, bagi Salwa dia belajar daripada kesilapan lalu dan mahu pastikan hubungan cintanya kali ini tidak terlalu terbuka.
"Memang saya sedang mengenali seseorang, siapa juga dia saya tidak boleh beritahu. Biarlah kami menjalani kehidupan seperti pasangan lain.
"Apa yang boleh saya katakan dia bukan VIP atau sesiapa. Hanya orang biasa yang mempunyai sepenuh kepercayaan kepada saya," katanya.
Sumber: Utusan

No comments:
Post a Comment