Pukat ikan, dapat bom | Yan – Seorang lelaki bersama anak lelakinya terkejut apabila menemui bom ketika memukat ikan di Sungai Mada Jalan Dulang kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Menurut Shukri Ishak, 48, pada mulanya, dia menyangka berjaya mendapat ikan besar kerana pukat yang diangkatnya berat.
Menurut Shukri Ishak, 48, pada mulanya, dia menyangka berjaya mendapat ikan besar kerana pukat yang diangkatnya berat.
“Dalam kepala duk bayangkan ikan besar sangkut pada pukat kami, rupa-rupanya sebiji bom,” katanya kepada Sinar Harian.
Shukri bersama anaknya, Tarmizi Shukri, 10, terkejut apabila rasa berat pada pukatnya rupanya adalah sebiji bom hidup.
Bimbang bom itu meletup, beliau segera memberitahu rakan agar melaporkannya kepada polis.
“Kami dua beranak sangat terkejut, sebab tak sangka tempat kami selalu tahan pukat ini ada bom. Risau juga takut tiba-tiba saja meletup.
“Berat bom itu kira-kira tiga kilogram, saya fikir kami dapat ikan besar dah. Apa pun syukurlah bom itu tidak meletup,” katanya.
Pukat ikan, dapat bom | Menurutnya, polis tiba ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan penemuan bom itu.
Difahamkan, polis akan memusnahkan bom itu selepas mendapati bom itu masih aktif dan dipercayai jenis mortar.
Sumber : berita-harian.net
No comments:
Post a Comment