iklan 728x90

Pages

Wednesday 23 October 2013

Persahabatan Naomi Watts dan Nicole Kidman Berkecai?

Teman rapat sudah berkecai? Aduh, sedih mendengar berita itu. Umum sudah mengetahui dua bintang terkenal Hollywood iaitu Naomi Watts dan Nicole Kidman sangat akrab.

Naomi Watts and Nicole Kidman
Sudah lama berkawan.

Namun hubungan tersebut dikatakan sudah berantakan dan mereka juga sudah tidak sehaluan sejak akhir-akhir ini.

Menurut laporan Showbizspy, masalah antara mereka berdua mula timbul apabila Kidman dilaporkan menolak untuk menghadiri acara 60 Minutes yang diadakan khusus untuk meraikan Watts sebagai salah seorang calon Anugerah Akademi.

Atas penolakan itu, Watts telah bersedih dan berduka dengan tindakan Kidman dan sebagai rakan baik dia berasa tidak dihargai oleh wanita itu dan ketegangan dalam hubungan mereka mula berlaku sejak itu.

Sumber turut memberitahu, persaingan dalam bidang lakonan juga turut menyebabkan hubungan mereka bermasalah apabila kedua-dua bintang itu bakal muncul dalam filem biografi.

Kidman dikatakan tidak mahu dirinya kalah dengan Watts yang bakal muncul dengan filem penghormatan kepada Puteri Diana apabila dia akan tampil dengan filem Grace Kelly.

Kedua-dua bintang tersebut bagaimanapun enggan mengulas mengenai gosip yang melanda mereka apabila ditanya mengenai perkhabaran itu.

Sumber: Utusan


View the original article here

No comments:

Post a Comment