iklan 728x90

Pages

Saturday 26 October 2013

Penjara Setahun Jika Muat Naik Gambar Dan Video Kakitangan AmBank Ditembak!

type="html">
Orang ramai yang terlanjur mengepos gambar atau rakaman CCTV detik pembunuhan kejam kakitangan Ambank, Norazita Abu Talib di medium sosial seperti Facebook dan Whatsapp dinasihatkan agar memadam pos berkenaan dengan segera.

AmBank
Suami Norazita Abu Talib.

Hal ini kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memberi amaran dalam satu status di Facebook mereka bahawa penyebaran gambar dan video sedemikian adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika didapati bersalah, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 dan satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Menurut SKMM, penyebaran gambar dan video berkenaan boleh mengakibatkan gangguan emosi kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak, selain menjadi satu tanggung jawab sosial untuk semua orang menghormati mangsa dan keluarganya.

Dalam pada itu, suami arwah, Irwan Kamarudin, 37, turut memohon perkara sama ketika dihubungi media Bernama, usai pengebumian isterinya di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.

Irwan dipetik berkata, penyebaran gambar dan rakaman berkenaan akan lebih menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok mangsa.

Sumber: Facebook SKMM/Bernama


View the original article here

No comments:

Post a Comment